CCTV Rakam Pemain JDT Curi Duit

JOHOR BAHRU: JDT mengambil keputusan drastik menyingkirkan salah seorang pemainnya kerana didakwa mencuri wang tunai sebanyak RM500 milik rakan sepasukan.

Penyingkiran pemain berusia 20 tahun itu disahkan Presiden Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
(gambar hiasan)

Menurut Tunku Ismail, kes berkenaan kini diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Tunku Ismail yang kesal dengan kejadian tidak pasti mengapa pemain terbabit tergamak melakukan perkara tersebut sedangkan PBNJ tidak pernah gagal membayar gaji pemain.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini pada Selasa.

Kejadian dikatakan berlaku 1 April lalu di bilik persalinan Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Johor Bahru.
Mangsa menyedari kehilangan wang tunai selepas sesi latihan.

Rakaman kamera litar tertutup berjaya merakam perbuatan pemain terbabit dan satu laporan polis dibuat di petang Selasa.-astroawani

0 comment... add one now