Amuk Rozita Che Wan Pada Pengkritik Rambut Suaminya

Sejak kebelakangan ini semakin ramai pula yang mempertikaikan tindakan Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin di laman sosial.

Kalau minggu lepas, heboh dengan gambar mesra pasangan suami isteri ini yang dilihat terlebih romantis, tetapi baru-baru ini pula dramatis jelita itu memarahi pengikutnya di Instagram pada salah satu gambar yang dimuat naik.

Kali ini Zain pula 'diserang' peminat selepas Che Ta memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan warna baru rambut suaminya.Dari komen yang ditulis ramai yang mengkritik dan memberi pendapat mengatakan warna tersebut langsung tidak sesuai dengan imejnya.





Che Ta telah bertindak mempertahankan suaminya.Dia memarahi pengkritik tersebut sambil menjelaskan Zain menukar warna rambutnya kerana perlu mengikut karakter Mr. Henry Middleton di dalam drama Oh My English! yang dilakonkannya.

Lain kali jgn sedap mulut nk komen ja… bkn utk awak sorang je tp ramai lagi yg mulut tk tau nak diam! Pelakon kna ikut character! Laki I shuting Oh My English sampai awal thn dpn… so rambut dia akan blonde sampai thn dpn!!!!! Tk payah nk bising lg kt insta ni pasai rambut zain! #tkpayahnksibuklarambutorgcolourapejgrambutsendiritu

0 comment... add one now