Pesawat MH17 Mendarat Kecemasan Di Ladang Gandum-Daripada keadaan bangkai pesawat dan keadaan mayat yang masih utuh,ia memberi petunjuk pesawat MH17 cuba membuat pendaratan kecemasan di ladang gandum tersebut.
Rakaman tersebut dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine, SBU.
Menurut rakaman dalam bahasa tempatan itu, anggota pemisah berkenaan memberitahu pegawai risikan Rusia bahawa mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat.
Ia juga menunjukkan, militan berkenaan memberitahu pihak risikan Rusia bahawa mereka kemudiannya mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang.
Sementara itu, Reuters memetik kenyataan pemimpin operasi bencana Ukraine yang berkata, operasi mencari dan menyelamat dihalang oleh kumpulan "pengganas bersenjata".
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa pula menyebut, ruang udara yang dilalui MH17 tidak dikelaskan sebagai zon larangan terbang.
Manakala New York Times melaporkan, keadaan fizikal mayat yang ditemui masih utuh. Ini menunjukkan pesawat itu mungkin membuat pendaratan terkawal.-MK