Malaysia Batalkan Pembelian Pesawat Sukhoi Rusia Sebagai Hukuman MH17

Malaysia  Batalkan Pembelian Pesawat Sukhoi  Rusia Sebagai Hukuman MH17-Tindakan tegas perlu diambil.Sekiranya terdapat peluang yang membolehkan Malaysia membatalkan pembelian Pesawat Sukhoi dan projek angkasawan,Malaysia digesa melakukannya kerana tindakan tegas ini perlu dilakukan agar tidak diperbodohkan kuasa besar yang lain pada masa akan datang.
sukhoi,malaysia,rusia

12.55pm: Anggota parlimen DAP Charles Santiago dan M Kulasegaran membangkitkan isu ratifikasi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Katanya, Malaysia bukan anggota ICC dan Kulasegaran bertanya sama ada negara ini hilang peluang membangkitkan isu MH17 di mahkamah itu.

12.20pm Suasana dewan yang tenang berubah selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong menuduh Rafizi Ramli (PKR-Pandan) menulis tweet memberi amaran supaya kerajaan tidak menggunakan wang rakyat untuk merasuah pemisah Ukraine.

Rafizi menafikannya dan berkata tweet itu adalah palsu dan merancang membuat laporan polis.

Dewan tegang selepas Wee enggan meminta maaf atau menarik balik dakwaan itu selepas dibetulkan oleh Rafizi.

12.05pm Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mencadangkan kerajaan supaya membuat penilaian semula dan tidak bergantung kepada syarikat penerbangan lain dan ICAO untuk membenarkan syarikat penerbangan Malaysia seperti MAS dan AirAsia untuk melalui kawasan ruang udara di negara berkonflik contohnya di Syria.

Ketua penerangan PAS itu juga berkata penilaian semula itu pemting bagi mengelak kejadian seperti insiden MH17 tidak berulang pada masa akan datang.

"Persoalannya apakah selama-lamanya kita nak menentukan selamat atau tidak, kita bergantung kepada ICAO dan negara laluan sedang kita mengetahui ada kawasan konflik.

"Satu penilaian semula perlu dilakukan. Wisma Putra atau pihak kedutaan perlu memberi laporan lengkap (ruang udara) masih selamat atau tidak.

"Sebagai contoh, penerbangan KL-London melalui Syria yang sedang berkonflik. Saya harapkan pihak kerajaan melihat hal ini dalam hal ini bagi menjamin keselamatan pesawat kita," katanya.
ends

11.35am Lim juga menggesa kerajaan supaya tidak boleh takut dengan menggunakan apa sahaja pengaruh untuk meletakkan tekanan yang perlu demi mendapatkan kebenaran berhubung insiden MH17.

Menurutnya kuasa ekonomi Malaysia tidak begitu signifikan berbanding Amerika Syarikat atau negara-negara Kesatuan Eropah tetapi masih mempunyai hubungan ekonomi dengan Rusia.

"Malaysia telah membeli 18 pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM bernilai AS$900 juta pada bulan Ogos 2003. Pesawat ke 18 dan yang terakhir, baru sahaja dihantar pada bulan Ogos 2011.

"Jika Malaysia belum lagi menyelesaikan pembayaran untuk pesawat-pesawat ini, kita harus bersedia untuk menangguhkan bayaran, jika perlu.

"Malaysia juga mesti bersedia untuk membatalkan, jika perlu, projek Angkasawan kedua yang menjadi sebahagian daripada pembelian Sukhoi jika kita merasakan bahawa pihak berkuasa Rusia tidak memberikan kerjasama penuh kepada komuniti antarabangsa dan kepada Malaysia.

"Dan jika perlu, kita mungkin boleh mempertimbangkan untuk menyertai sekatan yang dicadangkan komuniti antarabangsa terhadap Rusia," katanya.

11.33am MP Bagan Lim Guan Eng menggesa Malaysia memanggil Duta Rusia dan Duta Ukraine di Malaysia untuk memberi penjelasan berhubung insiden MH17 yang terhempas di Ukraine.

"Kita tidak harus gentar untuk memanggil duta Ukraine dan Rusia ke Wisma Putra bagi mendapatkan penjelasan mereka mengenai identiti pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17. Kita mesti mencari jalan terbaik untuk mengesahkan dakwaan bahawa Rusia telah membekalkan senjata berat dan artileri kepada puak pemisah timur Ukraine.

"Kita mesti mengesahkan sama ada Rusia telah menghantar tenteranya atau agennya untuk membantu atau mengetuai puak pemisah tersebut. Kita juga harus mengesahkan jika Rusia turut bertanggungjawab membantu mereka yang telah melancarkan roket yang telah menewaskan MH17," katanya membahaskan usul MH17.

10.55am: Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun - antara 10 pemimpin Pakatan yang akan mengambil bahagian dlm perbahasan - membahaskan dan menyatakan sokongan terhadap usul yang dibentangkan oleh Najib.

Katanya, walaupun tindakan Najib menghubungi ketua pemisah berhubung perkara ini, mengundang kontroversi, tetapi beliau menyokong tindakan Najib itu memandangkan seorang pemimpin yang bertanggungjawab perlu menjaga kepentingan rakyat terlebih dahulu.

"Jadi saya fikir tidak ada jalan keluar mudah selain merujuk kepada ketua pemisah di kawasan yang terlibat," katanya.

Menurutnya lagi, beliau menggesa kerajaan, untuk berhadapan dengan kuasa besar, tidak menunjukkan sikap bimbang.

Menurutnya lagi setakat yang dimaklumkan senjata yang digunakan amat canggih didakwa dibeli atau dibiayai oleh pihak Rusia atau Amerika Syarikat.

"Dalam menghadapi masalah ini, yang melibatkan jenayah antarabangsa, saya menggesa kerajaan memastikan usaha kuasa-kuasa besar tidak mempersulitkan siasatan atau melindungi penjenayah yang sebenar," katanya.

Dalam kesempatan itu juga, beliau meminta kerajaan dalam kesempatan mengusul usul untuk mengutuk keganasan Israel dan serangan terhadap penduduk Gaza ketika ini walau ia bukan sebahagian daripada usul MH17.

Usul itu antaranya berbunyi:

“Bahasanya dewan yang mulia ini dengan tegas mengutuk sekerass-kerasnya tindakan tidak berperi kemanusiaan, tidak bertamadun dan bersifat ganas, lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh MH17, sehingga telah mengorbankan nyawa sejumlah 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal yang tidak berdosa.

“Bahawasanya dewan yang mulia ini menggesa supaya siasatan terperinci dilakukan oleh badan khas antarabangsa mengenai nahas itu dan mendesak semua pihak untuk memberikan kerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan dengan segera.

“Dan bahasanya dewan yang mulia ini juga menuntut agar siasatan menyeluruh dibuat supaya pihak yang dipercayai bertanggungjawab melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan menembak jatuh pesawat MH17 segera dihadapkan ke muka pengadilan.”

10.49am: MH17: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel sokong usul mengenai tragedi MH17

10.43am: MH17: Najib - Kerajaan tidak akan berhenti cari kebenaran sehingga keadilan dikembalikan kepada keluarga mangsa pesawat MH17

10.42am: Najib - PM Najib turut rasai perasaan keluarga dan rakan yang kehilangan orang tersayang kerana nenek tirinya antara mangsa tragedi itu.

10:40am: Najib menyatakan terima kasih kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kerana menyifatkan nahas MH17 umpama 'pembunuhan beramai-ramai.

10.40am: Najib - Punca kejadian MH17 perlukan bukti yang jelas dan sahih.

10.36am: Najib - Kesemua mayat warga Malaysia akan dibawa balik secepat mungkin selepas selesai kerja-kerja forensik di Amsterdam .

10.37am: Najib mendesak gencatan sejatan dilakukan serta merta di negara Ukraine.

"Walaupun banyak ikhtiar dilakukan, banyak lagi tugas yang perlu dilakukan.

"Kita tidak sekali-kali untuk berhenti di separuh jalan, lantaran itu penyiasatan mestilah dilakukan oleh badan bebas untuk menyiasat puncanya.

"Iaitu kita menuntut jawapan segera adalah adakah pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu, angkara siapa? Apa motifnya dan siapa bekalkan (senjata itu)?

"Adakah ia ditembak dengan niat senagaja atau kesilapan yang tidak disengajakan. Semua ini memerlukan bukti jelas dan sahih," katanya.

10.34am: PM Najib ulangi ikrar bawa pulang semua mayat warganegara Malaysia untuk disemadikan seboleh-bolehnya sebelum Syawal

10.29am: Najib - Malaysia tidak tunding jari kepada mana-mana pihak sehingga bukti sahih diperoleh.

10.24am: Najib - Tindakan menembak jatuh pesawat MH17 tidak bertamadun, biadap dan bersifat ganas.

10.23am: Najib - Kira-kira 400 pesawat komersial termasuk 100 penerbangan antarabangsa membabitkan 75 syarikat penerbangan guna laluan yang sama ketika hari kejadian.

10.23am: Dalam pembentangan usulnya, Datuk Seri Najib berkata beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas, pegawai di Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa pesawat itu telah ditembak jatuh di Timur Ukraine.

"Jika benar dakwaan tersebut, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperi kemanusiaan, tidak bertamadun, biadap dan bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat malang MH17.


"Namun demikian, buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, sehinggalah bukti benar-benar sahih diperolehi," katanya.

Najib berkata beliau difahamkan kawasan berlaku kejadian itu telah dikuasai dan dikawal oleh kumpulan pemisah dan meluahkan rasa marah dan kecewa disebabkan dua perkara.

"Perkara pertama: Apabila saya dimaklumkan bahawa mereka tidak menghormati kawasan tragedi kemalangan itu sebagai kawasan larangan serta tidak mengikut atau mematuhi piawai amalan antarabangsa untuk memastikan bahan-bahan bukti tidak hilang dan tidak tercemar.

"Perkara kedua: Kelewatan dalam mengendalikan tragedi itu yang menyebabkan kegagalan memberi penghormatan dan menjaga maruah mayat-mayat mangsa yang sepatutnya mereka terima," katanya.

10.21am: Najib - Keadaaan fizikal dan teknikal pesawat MH17 berada dalam keadaan baik .

10.21am: Najib - Sejumlah 283 penumpang, termasuk 15 anak kapal, 83 kanak-kanak dan tiga bayi tidak berdosa terbabit dalam tragedi MH17.

10.20am: Najib - Laluan yang direntasi MH17 diperakui selamat dan diluluskan ICAO, IATA serta Ukraine sendiri.

10.14am: Najib - Pihak bertanggungjawab terhadap jenayah kemanusiaan perlu dihadapkan ke muka pengadilan - PM Najib

10.12am: Najib gesa siasatan terperinci dilakukan badan bebas antarabangsa.

10.10am: Najib berkata tindakan menembak jatuh pesawat MH17 sebagai tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan.

10:08am: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mula membaca usul menggesa semua ahli Parlimen mengutuk perbuatan menembak jatuh pesawat awam dan menuntut penyiasatan terperinci dijalankan.

10.07am: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mewakili ahli parlimen meminta semua ahli parlimen mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta semua ahli parlimen bangun membaca al fatihah kepada mangsa MH17 yang beragama Islam.

(Laporan wartawan Malaysiakini dan Bernama)

0 comment... add one now