Noob Guna Peluru Berpandu Jadi Punca Tersilap Tembak MH17 - Tindakan menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 didakwa satu kesilapan oleh kumpulan pemberontak pro-Russia yang kurang terlatih, kata pegawai agensi perisikan Amerika Syarikat (AS).
Pegawai perisikan kanan itu turut menyatakan pembabitan Russia dalam nahas berkenaan hanyalah satu propaganda.
Menurutnya, bukti yang dikumpul jelas menunjukkan MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu bumi ke udara jenis SA-11, namun tidak dapat dipastikan pihak yang menembak serta tujuan jenayah itu dilakukan.
“Penjelasan paling munasabah adalah ia satu kesilapan,” katanya.
Katanya, peluru berpandu itu juga dilancarkan seseorang yang kurang terlatih untuk mengendalikan sejenis sistem yang memerlukan skil dan latihan.
Beliau turut mengambil contoh beberapa insiden pesawat ditembak jatuh dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh Russia dan AS.
Satelit AS dan beberapa perisik ‘teknikal’ mengesahkan pesawat yang membawa 298 orang itu ditembak peluru berpandu SA-11 ke udara dari satu kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak pro-Russia.
“Ia jelas peluru itu ditembak dari timur Ukraine di bawah bantuan Russia.
“Dua perkara yang kita tidak tahu ialah siapa yang menembaknya.
Kita tiada nama, pangkat mahupun kerakyatan serta kenapa dia menembak pesawat itu.
“Pihak menembak peluru itu bergantung kepada radar tunggal dan bukan dari sebuah rangkaian lebih besar yang mampu memberikan gambaran lebih jelas mengenai lalu lintas di udara,” katanya.
- AFP