Siti Nordiana Layan Budak 15 Tahun Mengurat


Program realiti Gegar Vaganza benar-benar telah mengubah kehidupan Siti Nordiana. Setelah kembali meraih populariti, setiap gerak gerinya diperhati, penampilannya juga mendapat komen dari peminat.Tak kurang juga dia mendapat komen yang mencuit hati dari peminat remajanya serta menyatakan niat untuk berkahwin dengannya.

Gambar Siti Nordiana dan anak-anaknya

“Yang cuba nak mengorat ada jugak. Biasalah tu peminat. Ada juga budak umur 15 tahun komen pada gambar yang saya muat naik – “nilah bakal isteri aku”. Saya pun balas, “Iya adik”, jelasnya kepada portal Malaysian Digest.

Kata Nana, kini dia semakin matang dan tahu bagaimana melayan kerenah peminat berbanding waktu awal kemunculannya sebagai anak seni. Tambahnya lagi, walau penat mana sekalipun, dia cuba melayan peminatnya dan tidak mahu mengecewakan mereka.

Nana juga kini dalam perancangan untuk memasarkan koleksi tudung jenamanya sendiri yang diberi nama NanaRayyan, tidak lama lagi.-MD 

0 comment... add one now