Bangla Bawa Lori Bauksit Langgar Mati Penduduk


KUANTAN – Seorang pekerja sebuah syarikat perkapalan maut selepas dilanggar sebuah lori yang sedang membawa tong berisi bauksit di Pelabuhan Kuantan dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa Muhamad Hafiz Mat Yi, 30, yang berasal dari Kampung Ayer Laka, Tanah Merah, Kelantan sempat dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, namun dia meninggal dunia sewaktu menerima rawatan.

Menurut sumber, mangsa yang tidak sampai seminggu bekerja dengan syarikat perkapalan itu berada berdekatan dengan kenderaan berat berkenaan yang sedang dipandu seorang lelaki warga Bangladesh ketika kejadian.

“Pemandu tidak menyedari mangsa berada di belakang lalu mengundurkan kenderaan terbabit sehingga terkena badan mangsa mengakibatkan mangsa terpelanting ke belakang.

“Mangsa terjatuh di atas tanah dan mengalami pendarahan teruk pada muka," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

0 comment... add one now