Dah Ramai Main Aiskrim Shaheizy Sam


Nampaknya, tidak lama lagi kita akan melihat beberapa permainan bertemakan watak artis hadir ke pasaran. Terkini, pihak Sembang Chat bekerjasama dengan Shaheizy Sam untuk memperkenalkan permainan video tersendiri, dinamakan sebagai Sam’s Ice Cream.

Sams Ice Cream

Permainan Sam’s Ice Cream ini membawakan bentuk permainan yang lebih kurang sama seperti Candy Crush, memerlukan pemain untuk menyusun ais krim mengikut warna, dan pelbagai tahap berbeza disediakan yang menjadi semakin mencabar dari semasa ke semasa.

Daripada percubaan kami, kami agak kurang mengemari saiz permainan berkenaan yang sedikit kecil, selain penggunaan pengiklanan yang sangat banyak – yang kadang-kala sedikit menganggu.
Pelakon Shaheizy Sam Hadir Dengan Permainan Android – Sam’s Ice Cream

Permainan ini ditawarkan secara percuma, dan Shaheizy Sam menjanjikan beberapa hadiah khusus untuk pemain yang mencapai skor yang tinggi – sebagai contoh, makan malam bersama Shaheizy.

Permainan ini kini sedia dimuat-turun pada Google Play Store, dan dijangka diterbitkan pada Apple AppStore tidak lama lagi.

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.shaheizy.sam.malaysia.celebrities.ice.cream.icecream.soda.candy

0 comment... add one now