Perkahwinan RM25 Juta Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

Memang melampau-lampau mewah perkahwinan RM25 Juta Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin .Sam sendiri terkejut apabila ditaja semewah itu.Apa pun terima kasih kepada semua pihak penaja. Apabila dimaklumkan jumlah keseluruhan, saya memang terkejut," kata Sam kepada Harian Metro.


Menurut Sam, jumlah berkenaan membabitkan barang kemas bernilai RM20 juta dan RM5 juta lagi membabitkan persiapan majlis termasuklah pakaian, dekorasi, pelamin dan cenderahati.

Kuala Lumpur: Pelakon, Shaheizy Sam,34 dan Syatilla Melvin, 25 umum akan berkahwin pada 8 Februari ini dan menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta sekali gus menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai 'wedding of the year'.

"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu siapa penaja majlis kahwin kami. Bukan apa, saya menyerahkan segala urusan perkahwinan kepada ibu.

Terdahulu, pelakon berkenaan membuat pengumuman majlis perkahwinan mereka menerusi sidang media khas yang diadakan di hotel di ibu negara sebentar tadi.

Majlis nikah pasangan itu akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.

0 comment... add one now