Guru Jentik Kemaluan Murid

Kejadian berlaku pada 12 November tahun lalu apabila guru disiplin berusia 50-an itu mengarahkan kedua-dua mangsa masuk ke dalam sebuah bilik simpanan buku sebelum diarahkan menanggalkan seluar lalu menjentik alat sulit mereka dengan menggunakan getah beberapa kali. Malah, katanya, tindakan itu turut diperlakukan di hadapan murid perempuan dan beberapa murid lelaki.

Maimunah dan Ramlan menunjukkan laporan polis dibuatnya di Balai Polis Melang bersama kedua-dua mangsa dera terbabit.

KUALA PILAH - Dua murid tahun enam mendakwa didera seorang guru disiplin kerana disyaki mencuri penutup nat tayar kereta guru berkenaan.

Bapa salah seorang murid berkenaan, Ramlan Razak, 51,
Menurutnya, tindakan guru disiplin itu menyebabkan kedua-dua murid tersebut mengalami tekanan emosi dan trauma apabila terserempak dengan guru terbabit di sekolah.

"Selain itu, guru terbabit juga menampar kedua-dua belah pipi anak saya dan memijak kedua-dua kakinya.

"Lebih teruk, anak saya dipaksa mengaku bersalah dan dipaksa membuat laporan bertulis terhadap kesalahan yang tidak dilakukannya," katanya.


“Saya bukan mahu jawapan seperti itu tetapi mahu guru terbabit bertanggungjawab atas apa dilakukan terhadap anak saya.

“Kalau sekadar merotan dan mencubit, saya tidak kisah tetapi bila mengaibkan mereka di hadapan rakan-rakan, ia adalah di luar batasan. Sedikit sebanyak mengganggu emosi anak saya yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Sementara itu, penjaga seorang lagi mangsa, Maimunah Harun, 52, berkata, cucunya turut mengalami nasib sama didera secara fizikal dan mental oleh guru terbabit.

“Selain menjentik alat sulitnya guna getah, guru terbabit turut menampar pipi kanan serta menjentik keseluruhan badan cucu saya menggunakan getah.

“Pada awal insiden ini berlaku, saya ada hubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan mereka arahkan saya buat satu laporan bertulis. Tapi, selepas serahkan laporan bertulis sehingga kini tiada apa-apa tindakan.

“Disebabkan perkara ini tiada penyelesaian, pada 1 Januari lalu saya dan Ramlan nekad mengambil keputusan buat laporan polis di Balai Polis Melang,” katanya.

Maimunah mendakwa, pada hari pertama persekolahan, kedua-dua murid terbabit telah dihalau keluar dari kelas ketika guru disiplin itu mengajar subjek Matematik.

“Saya bimbang pembelajaran cucu saya terganggu dek perangai guru terbabit.


Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abdul Rahman berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Sekysen 323 Kanun Keseksaan.

“Guru terbabit boleh didakwa atas kesalahan mencederakan, namun disebabkan tidak parah, lazimnya suspek tidak ditangkap.

“Selepas siasatan selesai, kes akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

0 comment... add one now