TMJ Cukur Rambut Berwarna Selepas Ditegur Netizen

SEBELUM ini ramai yang marah dan kutuk dia kerana telah mewarnakan rambutnya. Dia menerima semua tuduhan, itu dengan selamba. Tidaklah pula dia melatah tak tentu hala dan memarahi orang yang menegurnya.

Akan tetapi bila dia berusaha untuk memperbaiki suanana,
Ramai yang tidak perasan akan perlaksanaannnya.

Tujuan malaysiaviralstory menulis cebisan ini bukan untuk membelanya nasib seorang yang bergelar 'SULTAN', cuma tumpang bangga masih ada anak raja berjiwa kental sepertinya.

Ingat lagi teguran dari orang yang alim asal usulnya?
Mengenai isu warna rambutnya yang semua orang tak suka?

Dia senyap dan tidak membalas dengan kata-kata,
Sebab dia sentiasa belajar dari kesilapan, mengambil tahu semua duduk perkara dengan harapan agar semuanya baik-baik saja.

Dia menerima teguran dengan sekadarnya, meskipun dari rakyat negerinya sendiri.
Tidak pula dia menghebohkan apa yang telah dilakukannya.

Hari ini ramai dari kita mungkin tak nampak, atau sudah mula lupa?
Dia dah pun kembalikan warna rambut asalnya..

Iya...rambutnya tidak lagi berwarna,
Telah dicukurnya semua sekali dalam satu masa.

Kerana dia juga manusia,
Adakalanya kesilapan akan sergah bila-bila masa.

Tapi menerima teguran dengan penuh hemah, itulah yang paling utama, kerana ramai yang tidak boleh menerima apa-apa teguran dan nasihat dan juga ia membezakan kita dengan orang lain di luar sana..

0 comment... add one now