Senarai 8 Tol Naik Harga 2016


PARLIMEN: Belum pun sebulan kadar baru 18 tol lebuhraya dinaikkan, kerajaan melalui Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di dewan parlimen semalam membuat satu lagi kejutan baru apabila mengumumkan bahawa lapan pengendali lebuh raya di negara ini dibenarkan untuk menaikkan kadar mereka pada tahun depan.

Memetik laporan Malaysiakini, Perkara ini diumumkan oleh Fadillah ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Menurut Fadillah, jika kerajaan menolak permintaan pemegang konsesi berkenaan untuk menaikkan kadar tol, Putrajaya terpaksa membayar pampasan sebanyak RM593.32 juta seperti yang dinyatakan dalam Bajet 2016.

Berikut adalah senarai 8 lebuhraya yang akan dibenarkan menaikkan kadar tol pada tahun hadapan,

Lapan lebuh raya berkenaan adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus)
Lebuh Raya Link Kedua,
Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite)
Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH)
Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP)
Lebuhraya Selat Klang Utara (NKSB)
Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)


"(Ini) adalah lebuh raya yang dibenarkan menaikkan kadar tol mengikut kontrak mereka. Saya belum membuat keputusan mengenai kuantum kenaikan kadar itu,"kata Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petrajaya.

Butiran pampasan adalah Plus (RM214 juta), Link Kedua (RM 8.2 juta), Elite (RM79.44 juta), BKE (RM3.11 juta), SPDH (RM1.95 juta), LDP (RM185.89 juta ), Kesas (RM92.8 juta) dan NKSB (RM7.85 juta).

Beliua dalam apda itu berkata, pihak kerajaan telahpun melakukan penambahbaikan terma-terma perjanjian berkenaan kenaikan kadar tol dengan syarikat konsesi lebuh raya sedia ada.

Antara terma yang ditambah baik itu ialah memansuhkan kenaikan kadar tol secara automatik walaupun sudah ditetapkan tempoh masa tertentu bagi kenaikan dalam perjanjian sebelum ini.

"Setiap kali ada permohonan (dari syarikat konsesi) untuk kenaikan tol, kita akan melihat dan kaji balik semua kenyataan syarikat. Adakah mereka mencapai anggaran aliran trafik yang melalui kawasan itu.

"Kalau aliran trafik (di lebuh raya) mencapai seperti yang dianggarkan, maka kita tidak akan benarkan kenaikan tol," katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa kadar tol sesuatu lebuhraya ditentukan oleh kos pembinaan dan anggaran aliran trafik, dan kenaikannya dikaji semula setiap tempoh masa tertentu seperti yang termaktub dalam perjanjian.

Selain itu, antara terma yang dilakukan penambahbaikkan ialah, kerajaan boleh menamatkan perjanjian lebih awal dari tarikh yang dipersetujui dalam perjanjian jika syarikat konsesi mencapai keuntungan yang tertentu.

Kerajaan akan melakukan perbincangan dari semasa ke semasa dengan syarikat konsesi, pemegang bon dan pembiaya projek lebuh raya mengenai kadar tol.
"Kita kena mengimbangi beberapa perkara seperti kemampuan kerajaan, kepentingan syarikat konsesi dan kepentingan pengguna."
"Kerajaan akan perlu menanggung pembiayaan beratus bilion ringgit jika bercadang mengambil alih semua lebuh raya di negara ini, dan langkah itu bukanlah tindakan yang wajar," katanya. - Siakapkeli.my

0 comment... add one now