Jaafar Onn Kahwin Wanita Muda


Pelakon Jaafar Onn, 64, bakal melangsungkan pernikahan dengan seorang janda awal tahun hadapan.

Memetik laporan Utusan Malaysia hari ini, wanita yang telah berjaya mencuri hati Jaafar Onn berasal dari Johor dan berusia 35 tahun.

“Mula-mula kita segan jugalah hendak ke tahap bercinta. Maklum sajalah, umur pun dah berapa, kan?"

Menurut Jaafar Onn, buat masa kini, dia belum bersedia mendedahkan secara terperinci wanita pilihan hatinya itu.

Jelasnya lagi, pertemuan dengan si dia itu adalah semasa membuat persembahan di Kulai Jaya dan sudah melamar pada awal 2015.


"Sangat jauh perbezaan antara kami. Bagaimanapun bila nampak macam boleh pergi jauh, kita berserah kepada ALLAH. Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana,"

0 comment... add one now