Luahan Kecewa Lana Nordin Isu Baju Pengantin

Hanya kerana Ayda Jebat telah mengenakan pakaian yang digunakannya semasa hari perkahwinannya untuk sesi fotografi, Lana Nodin menyatakan rasa terkilannya selain menyifatkan baju pengantin tajaan Aitelia Amani tersebut sebagai sesuatu yang sangat istimewa.




“Sebaik melihat sendiri gambar yang dimuat naik Ayda dalam laman sosial Instagramnya, saya tertanya-tanya bagaimana baju itu boleh dipakai Aida untuk menjalani penggambaran iklan. Cuma saya hairan mengapa apabila peminat mengaitkan baju itu dengan majlis perkahwinan saya, dia terus memadam komen terbabit”

“Perkara itu juga membuatkan saya berasa kecil hati. Kalau benar Ayda mahu menggayakan baju itu kerana menyukainya, seharusnya dia mengakui di laman sosial miliknya apabila orang mula bercakap dan menyatakan ia pakaian pengantin Lana Nodin”

“Saya tidak akan menjadikan perkara ini sebagai satu isu jika baju yang dipakai itu adalah biasa, sebaliknya pakaian itu digayakan pada hari bersejarah dalam hidup saya,” jelasnya kepadaHarian Metro.

Tambah Lana, apa yang membuatkannya sangat terasa hati adalah kerana pakaian pengantinnya diberikan kepada Ayda dan dipakai semata-mata untuk menjayakan iklan program televisyen kerana dia sangat menyayangi busana mewah itu.

Bagaimanapun, Ayda enggan mengulas perkara itu dan memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan isu itu. Sungguh tidak disangka, baju pengantin boleh beri kesan sebegini kepada diri wanita. Sampai sekarang masih kami tidak dapat percaya. (rotikaya)

0 comment... add one now