PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon dan model Zarina Anjoulie selepas dia gagal menghadirkan diri ke mahkamah atas pertuduhan positif dadah syabu tiga tahun lalu.
Majistret Mohd. Nazri Omran membuat keputusan tersebut selepas Zalina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 29, gagal hadir ke mahkamah buat kali ketiga tanpa sebarang alasan.
Ketika pertuduhan pertama kali dibacakan pada 8 Februari 2013, Zarina dan rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine ke atas diri sendiri di Pejabat Narkotik Balai Polis Damansara di sini pada pukul 8.10 malam 30 Disember 2012.