Gadis 14 Tahun Kena Rogol Dalam Tandas Sekolah

Mangsa rogol 14 tahun yang ketakutan terpaksa berjumpa dengan suspek di tandas lelaki dan dirogol suspek sebanyak tiga kali pada malam berkenaan antara jam 8.45 malam hingga 9 malam,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sumber berkata, selepas kejadian itu, suspek mengugut mangsa untuk tidak menceritakan kejadian berkenaan kepada orang lain.
(gambar hiasan)
TAMPIN - Akibat tidak tahan lagi sering menjadi mangsa ugutan senior, seorang remaja nekad membuat laporan polis mendakwa dia dirogol dalam tandas sekolahnya di Gemecheh, di sini.

Remaja berusia 14 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Gemencheh, Selasa lalu, mendakwa dirogol sebanyak tiga kali dalam kejadian Mac lalu.

Difahamkan, mangsa berbuat demikian kerana gusar sering menjadi mangsa nafsu buas seniornya sendiri.

Menurut sumber, dalam kejadian itu, semasa berada di kantin sekolah kira-kira 8.30 malam, mangsa yang merupakan pelajar asrama menerima pesanan WhatsApp dari suspek yang menyuruh berjumpa dengannya.

“Suspek merupakan pelajar berusia 17 tahun dan bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ini mengugut mangsa jika enggan bertemu dengannya, mangsa akan menerima balasan buruk.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan terpaksa akur, bagaimanapun suspek semakin bertindak biadap apabila merogolnya berulang kali pada Mei dan Jun lalu.

“Mangsa yang pada mulanya takut dan malu akhirnya nekad membuat laporan polis berhubung kejadian rogol berkenaan kerana tidak mahu terus menerus diugut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Tampin bagi pemeriksaan lanjut.

“Suspek telah ditangkap dan direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/...enior-1.440882

0 comment... add one now