Amir Ukays Bersenjatakan Pistol Ditahan Polis


Peserta program Gegar Vaganza 2, Amir Ukays ditahan pihak polis selepas dipercayai memiliki senjata api kira-kira pukul 1.45 pagi Rabu.

Laporan mStar menyebut, sumber polis berkata ketika pemeriksaan dilakukan pihaknya menjumpai sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan ‘Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520.

Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad, 44, mengakui pistol berkenaan miliknya dan dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk tindakan lanjut. Amir ditahan ketika memberhentikan kenderaannya di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul.

Penyanyi tersebut kembali melonjak selepas menyertai program Gegar Vaganza yang sedang berlangsung di Astro Ria.

0 comment... add one now