Zamani Slam Buat Hal Lagi

Beliau yang dihubungi wartawan semalam berkata, vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 44, disedari hilang dari pusat pemulihan dadah Rumah Pengasih di Jalan Syers Off Lebuhraya Mahameru di sini, jam 10.26 malam kelmarin, dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih.


Kuala Lumpur: “Dia (Zamani) melarikan diri dari Pusat Pengasih tanpa membawa MyKad, pakaian termasuk gitar kesayangannya. Saya tidak tahu motif dan di mana dia berada sekarang,” kata Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia Datuk Yunus Pathi Mohd.

Menurutnya, dia menganggap penyanyi itu cuba melarikan diri berikutan tindakannya itu tidak dimaklumkan kepada kakitangan pusat berkenaan.

“Tindakannya itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di Rumah Pengasih. Saya terpaksa membuat laporan polis kerana bimbang Zamani diculik atau perkara buruk berlaku ke atasnya.

“Bagaimanapun Zamani bertindak menghubungi saya tadi (semalam) dan memaklumkan akan datang semula ke Rumah Pengasih Isnin depan,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85838#sthash.6e99LzPy.dpuf


KUALA LUMPUR – Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani dilaporkan me­larikan diri ketika menjalani proses rawatan dan pemulihan dadah di Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pe­ngasih) di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10.26 malam itu, melalui rakaman te­levisyen litar tertutup, Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 44, dikesan hilang dari Pengasih dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih dinaiki oleh dua individu tidak dikenali.

Yang Dipertua Pengasih, Datuk Mohd. Yunus Pathi berkata, pihaknya hanya menyedari kehilangan Zamani kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin ketika membuat pemeriksaan akhir selepas selesai satu program di pusat itu.

“Sebelum itu saya ada berbual dengan Zamani selepas solat Maghrib sebelum beliau meminta diri untuk me­ninggalkan program dengan alasan sakit pinggang.

“Sebaik sahaja usaha mencari Zamani di kawasan Pengasih gagal, kami terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1017&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3omLjHQ7P
Hakcipta terpelihara

0 comment... add one now