Sebuah NGO hari ini mendedahkan beberapa surat yang didakwa adalah rintihan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang mendakwa mereka diseksa.
Antaranya, tahanan mendakwa bahawa mereka dipaksa mencium kaki pegawai penyiasat, melakukan onani, menonton video lucah dan dibogelkan.
Ada juga tahanan yang mendakwa dipaksa membuat lafaz cerai taklid kepada isteri sekiranya tidak mahu diri mereka dipukul.
"Pegawai penyiasat mengugut memisahkan bayi saya dari isteri saya dan mengusirnya dari Malaysia dan akan dijadikan pelacur di Kemboja.
“Saya dipaksa mencium tapak kaki pegawai penyiasat. Saya dipaksa melakukan onani di hadapan mereka,” kata tahanan yang dikenali sebagai OKT 3.
OKT 6 seorang tahanan wanita pula mendakwa seorang anggota polis lelaki menjenguk ketika dia sedang mandi.
“Di luar, saya seorang perempuan yang menutup aurat sejak tingkatan satu.
“Di lokap, saya tidak dibenarkan memakai baju dalam dan mandi bogel, pernah sekali, seorang anggota polis lelaki membuka tingkap pintu bilik sya menjengguk ketika saya sedang mandi,” katanya.
OKT 2 pula mengadu mereka dipaksa membuat pengakuan agar keterangan yang diberikan sama dengan kehendak atau teori yang dicipta oleh pihak polis.
Menurutnya, mereka akan didera dan dimalukan sekiranya engkar dengan arahan berkenaan.
“Polis juga memaksa saya dan OKT lain bercium sambil mereka tergelak-gelak melihat perlakuan kami yang sangat mengaibkan tetapi jika kami tidak lakukannya kami akan dipukul,” katanya sambil menambah beliau dibogelkan semasa keterangannya dirakamkan.
Suaram berkata ia mempunyai surat aduan daripada tujuh tahanan tetapi hanya mendedadahkan enam hari ini kerana kes tahanan ketujuh sekarang menjadi kes di mahkamah.
Enam surat berkenaan adalah dalam tulisan tangan yang berjumlah 21 mukasurat.
Salinan surat-surat berkenaan diedarkan kepada wartawan pada sidang media Suaram di Kuala Lumpur hari ini.