Kanak-kanak ini akan ditempatkan secara sementara di bawah jagaan JKM selepas dibenarkan keluar dari hospital atas permintaan ibu bapanya setelah mengambil kira faktor keselamatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
PUTRAJAYA: Gadis berusia 14 tahun yang sebelum ini dilaporkan 'hilang' di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Selangor akan ditempatkan secara sementara di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata keputusan itu adalah atas permintaan ibu bapa Nur Amirah Atirah Abdul Majid.
Rohani berkata, pihaknya memandang serius perbuatan remaja itu yang mendakwa diculik sebelum ditemui pihak polis dalam keadaan selamat bersama seorang pemuda dipercayai teman lelakinya yang berusia 19 tahun, Khamis lalu. "Perbuatan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak ini sehingga menimbulkan kebimbangan banyak pihak terutamanya ibu bapa.
"Kementerian menyarankan kepada ibu bapa dan penjaga supaya memberi perhatian yang serius kepada anak masing-masing terutama memberi lebih masa bersama mereka dan mendengar masalah yang mungkin boleh dikongsi bersama. "Jangan biarkan anak-anak menjadikan pihak ketiga untuk meluahkan masalah dan mendapat nasihat yang kurang tepat.
Kementerian ingin sarankan kepada ibu bapa yang berdepan masalah seperti ini mendapatkan khidmat nasihat kaunselor di JKM atau Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)," katanya. Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor pada jam 7.45 malam Khamis lalu menemui remaja terbabit di hadapan sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting, Selangor, dalam sebuah kereta dipandu pemuda berkenaan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/110678
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/110678
Lakonan Culik
Lakonan Culik
Posted by Info Laju on Saturday, January 2, 2016