REMBAU – Seorang pelajar tahfiz lelaki berusia 15 tahun bertindak melarikan diri ke dalam hutan dipercayai akibat dirasuk dalam kejadian di Chengkau di sini semalam.
Kejadian pada pukul 5 petang itu dikatakan berlaku ketika remaja itu melawat adiknya yang menuntut di sebuah pusat pengajian tahfiz berdekatan lokasi kejadian.
Difahamkan, mangsa yang merupakan penuntut di sebuah lagi pusat tahfiz datang ke daerah ini bersama keluarganya dari Melaka.
Kunjungan itu bagaimanapun bertukar cemas apabila mangsa lari ke dalam hutan berhampiran secara tiba-tiba dipercayai akibat dirasuk.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd. Fuad Majid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam dan memberi bantuan menyelamat pada pukul 5.10 petang.
“Mangsa ditemui pada pukul 5.33 petang dalam keadaan selamat di dalam hutan berkenaan namun masih meracau-racau. Jarak lokasi dia dijumpai dengan pusat tahfiz kira-kira 100 meter.
“Remaja tersebut yang lengkap berpakaian tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia kemudian diserahkan kepada ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.