Perkara tersebut disuarakan sendiri oleh anak sulungnya yang mahukan Rita untuk berkahwin lagi dan juga mahukan adik baru. Pandai anak Rita lembutkan hati ibunya.
“Dia pernah suruh saya cari ayah baru untuk dapat adik baru. Saya terkejut apabila dengar dia cakap begitu. Dalam masa sama saya rasa sebak, saya tidak tahu apa dia rasa sehingga mengeluarkan soalan sedemikian”
“Mungkin dia melihat rakan-rakan di sekolah ada ayah dan ingin merasai kasih sayang seorang ayah seperti orang lain. Saya bukan ibu yang kejam, tidak memikirkan masa depan mereka, tetapi hati saya kini masih belum sedia menerima sesiapa,” jelasnya kepada Sinar Harian Online.
Selain itu, Rita juga memberitahu jika sudah tiba takdirnya untuk berkahwin lagi, dia akan menerima bakal suaminya asalkan lelaki tersebut boleh menyayangi anak-anaknya di samping mampu membimbing mereka sekeluarga. (rtky/s)