Syed Amen didakwa dengan niat mengaibkan kehormatan seorang pegawai JPJ, Asymal Mansur, 41, dengan menyebut “JPJ lancau! you all semua makan rasuah” di luar lobi JPJ cawangan Batu Uban pada pukul 4.45 petang 26 November lalu.
Tertuduh, Syed Amen Jainul Abdin, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret L. Umma Dewi.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Peguam tertuduh, Rosli Ismail berkata, dia sendiri yang meminta anak guamnya itu hadir ke pejabat JPJ berkenaan untuk menyemak perkara yang berlaku berikutan beberapa kereta yang didaftarkan atas nama tertuduh tidak dapat diperbaharui cukai jalan.
“Terdapat sebuah kereta atas nama dia (tertuduh) telah dikeluarkan saman di Kulim, Kedah pada 2013, namun kereta itu telah disita pada 2003. Kalau kita lihat, OKT (orang kena tuduh) pergi ke pejabat JPJ untuk membuat aduan mengenai perkara ini.
“Dia juga ada buat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Disember lalu. Dia juga beri kerjasama kepada pegawai penyiasat polis serta hadir ke mahkamah hari ini (semalam). Saya percaya, satu jaminan minimum patut dikenakan terhadapnya,” kata Rosli.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee memohon mahkamah menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh sebanyak RM4,000.
Bagaimanapun, selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Umma Dewi membenarkan Syed Amen diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan,
Mahkamah kemudian menetapkan 17 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.-kosmo