Misteri Empat Jurulatih FAM letak Jawatan

Pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memang tak lekang dari masaalah.Ada saja yang tidak kena dengan krisis dalaman FAM ini.Terkini berita perletakan jawatan jurulatih bolasepak bukan seorang tapi empat jurulatih bolasepak FAM.Tiba-tiba sahaja  mereka letak jawatan dengan alasan yang kurang munasabah.

Empat jurulatih bolasepak kebangsaan yang meletak jawatan adalah

1) Jacob Joseph - jurulatih wanita bola sepak wanita Malaysia
2) Maizal Hairi Marzuki - ketua jurulatih futsal Malaysia
3) Mazlan Abdul Wahid - jurulatih penjaga gol bagi pasukan Harimau Muda B
4) S. Balachandran - ketua jurulatih pasukan bolasepak Bawah 16 Tahun Malaysia


Ini adalah alasan yang diberikan oleh beberapa jurulatih punca meletak jawatan seperti dilaporkan dalam mStar online


Walaupun situasi meletak jawatan ini bukanlah  sesuatu yang pelik bagi seorang jurulatih tetapi apa yang berlaku sekarang menjadi tanda tanya. 

Menurut Jacob, dia meletak jawatan di atas kehendaknya sendiri selepas berbincang dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. 

Jelasnya, memandang pasukan bola sepak wanita tidak ada sebarang kejohanan besar tahun depan, dia mahu berehat selama setahun sebelum kembali mengambil alih pasukan pada tahun 2016. 

“Perkara ini telah dibincangkan dan beliau mengizinkan saya untuk mencuba sesuatu yang baharu sebelum skuad wanita ada program tersendiri. Dan saya akan kembali melatih mereka pada tahun 2016,” katanya dihubungi mStar Online

Sementara itu, perletakan jawatan Balachandran juga telah diterima oleh FAM, namun enggan mendedah maklumat lanjut mengenai perkara itu. 

“Saya sudah bertemu dengan Datuk Hamidin namun saya tidak boleh memberitahu kenapa keputusan ini dibuat dan saya mempunyai alasan tersendiri,” jelasnya terus berselindung. 

Keputusan mengejut bekas pemain kebangsaan dan Kuala Lumpur itu menimbulkan pelbagai pelbagai, lebih-lebih lagi selepas pencapaian cemerlang skuad muda bimbingannya. 

Balachandran masih mempunyai kontrak bersama FAM sehingga Disember 2015. 

Dua bulan lalu, pasukan bimbingannya hampir melangkah kaki ke Piala Dunia FIFA Bawah 17 Ttahun di Chile 2015, namun terkandas 2-1 pada saingan separuh akhir kelayakan kepada Australia di Stadium Muangthong, Bangkok. 

Skuad tersebut mara ke separuh akhir selepas bergelar naib juara kumpulan A di belakang Korea Selatan. 

Malah pada Ogos lalu, pasukan muda ini dinobatkan sebagai juara Piala Juara-Juara Asia FAM-Frenz 2014 sekaligus melonjak nama negara dalam saingan peringkat remaja. 

Manakala pada tahun 2013, anak buah Balachandran turut mencatat sejarah tersendiri apabila merangkul gelaran Piala AFF B16 di Myanmar buat julung kalinya.

0 comment... add one now