Gambar Ngeri Kemalangan Helikopter PDRM Ketika Bantuan Banjir

Tahun 2014 sungguh banyak tragedi yang berlaku.Semua tragedi besar hingga kerapkali menaikkan nama Malaysia di muka depan suratkhabar seluruh dunia.Dan kini,ketika ramai yang masih kelaparan kerana ditimpa banjir,berlaku pula kemalangan helikopter PDRM.Gambar-gambar helikopter PDRM ini kemalangan sugguh ngeri.


KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan sewaktu dalam perjalanan untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan itu.

Helikopter itu melakukan pendaratan cemas di kawasan terbabit. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan insiden itu dan berkata, dua juruterbang dan dua kru selamat.

Katanya, keempat-empat mereka terdiri daripada tiga anggota polis dan seorang awam.

"Saya mengesahkan kesemua mereka selamat," katanya ketika dihubungi.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk menerima rawatan.



SEORANG kru helikopter Ecureuil Unit Udara Polis yang mendarat cemas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah petang tadi diberikan rawatan dan dikejarkan ke Hospital Tanah Merah, Kelantan


0 comment... add one now