Ibu Pelakon Amyra Rosli Beri Penjelasan Pembatalan Perkahwinan Saat Akhir

Ibu Pelakon Amyra Rosli Beri Penjelasan Pembatalan Perkahwinan Saat Akhir-Ibu kepada pelakon Amyra Rosli iaitu Noor Zaridah Ahmad tampil memberi penjelasan ekoran kes pembatalan perkahwina 2 pelakon baru iaitu Dazrin dan juga Amyra Rosli.
Amyra Dazrin batal,perkahwinan jumaat
Dazrin pernah popular menerusi beberapa drama termasuk Jodoh, manakala Amyra kini sedang muncul di dalam drama siri popular Oh My English musim baru.

Pasangan ini mengumumkan pembatalan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat ini.

Ini komen Ibu Amyra Rosli kepada wartawan mStar:
"Maafkan Kak Noor kerana tidak boleh bercerita lanjut mengenai punca pembatalan tersebut kerana tidak mahu isu itu berpanjangan sehingga menimbulkan macam-macam konflik kerana banyak hati yang perlu dijaga.

"Cukuplah sekadar pihak kami memaklumkan pernikahan mereka dibatalkan,"

"Jika macam-macam cerita keluar pasti akan menjadi lebih keruh dan apa pula kata pihak keluarga sebelah lelaki nanti dan itu yang Kak Noor ingin elakkan daripada berlaku.

"Biarlah kami sahaja yang tahu apa tentang sebab sebenar kejadian ini berlaku,"

"Apa yang boleh saya ulas persiapan yang dibuat belum sampai tahap kad diedarkan kepada tetamu dan butiran lain saya tidak boleh komen,"

"Mereka telah membatalkan perkahwinan, jadi......." (seolah-olah hubungan tak sehaluan).

Itula keterangan panjang lebar dari ibu Amyra sendiri.

0 comment... add one now