Kejutan 13 ADUN PAS Bakal Keluar Dari Parti Sekiranya Khalid Ibrahim Kekal

Kejutan 13 ADUN PAS Bakal Keluar Dari Parti Sekiranya Khalid Ibrahim Kekal-Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau. "Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama," katanya selepas sidang media Wan Azizah di Subang tengah hari ini.

ADUN PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib bersedia untuk keluar parti jika PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini. 

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan wartawan selepas sidang media tengah hari tadi.
ADUN PAS,khalid ibrahim
"Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia," katanya.

Beliau ditanya jika beliau sanggup berbuat demikian jika PAS kekal dengan pendirian mereka sekarang dalam krisis menteri besar Selangor.

Saari dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan terhadap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.

Saari berkata, mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.

"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.

"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya.

Hasnul pula berpendapat pentadbiran Khalid sekarang tidak lagi menjunjung semangat Pakatan selepas beliau mengumumkan kerajaan Pakatan tidak wujud lagi di Selangor.

"Saya sebagai YB Morib mengambil langkah yang sama dengan YB Hulu Kelang untuk menyokong kerajaan Pakatan di Selangor.

"Semangat dan roh Pakatan itu tak ada pada menteri besar dan saya bersama Pakatan untuk memerintah negeri Selangor sebenar-benarnya," katanya.

Beliau turut mengkritik Khalid yang menurutnya "merosakkan Selangor jam demi jam".

"Kerosakan yang dilakukan Khalid kepada Selangor bukan setakat minggu ke minggu tetapi on an hourly basis (jam demi jam)," katanya.-Malaysia kini

Tengah hari tadi PR membuat satu sidang media tergempar dan umumkan mereka telah mendapat kedudukan majoriti di Selangor sebanyak 30 kerusi (termasuk speaker walaupun speaker tak layak mengundi) dan mengumumkan yang Khalid Ibrahim bukan lagi MB sah di Selangor.

Citer pasal speaker. Nak lari topic sikit just untuk kongsikan fakta je. Mengikut peruntukkan undang2 sedia ada, speaker hanya boleh mengundi jika berlakunya keputusan seri. Jangan ikut perangai BN plak. Depa makan taik takan ko nak makan taik kot ye tak? Yang sebenarnya kedudukan PR di Selangor ialah 29. Dan Khalid ialah 26. Sebelum neh 28 - 27.

Oke. 

Dalam reaksi terkini Mustafa Ali dan Tuan Ibrahim Tuan Man (sepatutnya dia yang menang hari tue bukannya Mat Sabu kan dah huru hara PAS dibuat oleh geng2 Anwar, sengal la korang) mereka memaklumkan kepada media ;

- Ahli2 PAS diingatkan jangan buat keputusan terburu2. Kita neh ada peraturan. Jangan buat tindakan sendiri dan tunggu la keputusan hasil mesyuarat - TITM.

- SUA PAS (Mustafa) akan menyiasat adun2 PAS tersebut. PAS tidak akan mengambil langkah terburu2.

Ini apa punya adun PAS? Tak boleh nak tunggu keputusan mesyuarat sekalipun? Boleh juga nak push mesyuarat ke tarikh yang lebih awal tapi takan sampai membelakangkan parti sendiri demi parti orang lain? Banyak geng2 PAS berkiblatkan PKR. PAS sekarang hancur dibuat oleh PKR. Berpecah teruk. Satu kiblat Hadi dan Nik Aziz. Satu lagi kiblat Anwar. Sepertimana UMNO hancur dibuat Anwar dulu2. Yang part UMNO tue elokla dia hancur sebab bangang. Membuli rakyat. Merasuah. PAS? Lebih kurang juga la perangai sesetengah pemimpin depa. Tapi kurang2 ada juga yang bagus dan cerdik dalam PAS. Dari kita hancurkan, elok kita cuci jek. Bagi aku ada harapan juga PAS boleh dibersihkan.

Dan, terkini la juga. 2 adun PAS yang berpaling tadah dari PAS dan pergi ke PKR ;

1. Shaari Sungib - Hulu Kelang

2. Hasnul Baharuddin - Morib

Bersedia untuk dikenakan tindakan. Bahkan si Shaari tue sedia keluar parti. Tak kisah kena buang. Dasat kau.

Mulai sekarang PAS kena susun movement dorang. Jangan degil dengan nasihat orang. Orang luar macam aku bagi nasihat mungkin agak kasar dan sentapkan korang tapi kita orang takde apa2 kepentingan pun. Kita punya pendapat ikhlas ooo. Jika ianya betul, apa salahnya follow ye tak?

PAS kena singkirkan ataupun kurangkan pengaruh orang2 yang memihak kepada PKR melebihi dari perjuangan parti korang. 

Dalam pemilihan dan sebagai calon. Sedikit aje nampak dia condong ke PKR, hapuskan orang macam neh. Tak baik untuk perpaduan dalaman parti korang.

Nasihat yang sama terpakai untuk BN, PKR dan DAP. Korang kena make sure ahli2 korang condong ke arah keputusan parti terlebih dahulu. Jangan lupa. Khalid kena singkir sebab enggan ikut keputusan parti. Si Shaari neh pun enggan ikut keputusan parti. Kalau nak kritik, kritik semua, jangan double standard dan bias. Shaari enggan ikut keputusan parti. Parti secara kolektif hanya mengumumkan semula pendirian yang dipegang semasa Kajang Movie. Ini fakta. Bukan pendirian yang baru dibuat. Geng2 PKR telah berjaya spin fakta dan hakikat ini. Aku tak peduli sapa mendapat manfaat atau siapa yang tidak, aku hanya mahu menulis tentang perkara yang benar2 berlaku aje. Simple. Dan untuk meredakan suasana haru biru akibat geng2 PKR yang tiba2 PANAS dengan PAS, dan memutuskan pecat TSKI terus (untuk hilangkan kuasa, pengaruh dan sokongan) maka PAS pun memutuskan untuk membuat mesyuarat semula bagi membincangkan hal tersebut. Ini kerana TSKI bukan ahli PKR lagi dah. Mungkin akan tukar pendirian atau kekal, aku tatau pegangan mereka. Tapi sehingga mesyuarat tersebut selesai, maka PAS akan melakukan kerja2 macam biasa. Taknak nak campak semua perkara dan berlari2 kepada PKR dan DAP. Heloooooo i love you sampai mati. Demi untuk memastikan kesepakatan (inila yang puak2 PR dok potpet2, bukan demi rakyat, rakyat yang bengap nak mampos tak sedar diri pula kena tipu dengan puak2 partisan neh) kita maka i datanggggg youuuu. Muah muah muah. Takan la PKR dan DAP expected sampai macam tue kan?

Haha. 

Nak elobrate sikit bagi orang yang lambat pickup. Yang berubah kat sini ialah PKR dan DAP.

Kajang movie - PAS umum pendirian Khalid adalah MB. Kajang bukan untuk tukar MB. Jika nak sembang citer tukar MB, kita bincang lainkali.

Konsistensi ini diulang semula oleh TGHH pada bulan Julai berikutan krisis MB. Sabar. Ia memang melukakan ahti2 PKR. Tapi jangan spin sana spin sini. Tak baik.

Ketika Kajangmovie, pemimpin2 PKR yang buat roadshow sana sini sendiri berkata Kajangmovie bukan untuk tukar MB. Tapi untuk tawan Putrajaya. Sekarang tetiba untuk tukar MB pula. Nampak tak? Sapa yang ubah pendirian? Sapa yang kena marah?

PAS konsisten dengan pendirian dia.
PKR yang berubah.

Betulkan dulu pemahaman korang. Jangan main tembak saja. Aku tak pernah tahu jika ada tuhan bernama Anwar Ibrahim. Okay?

Berikut pula respon dari Khalid ;


So, DSWA tetap perlu kemukakan undi usul tak percaya di dewan? Aku tak pasti bagaimana keputusan terbaru ini mengubah kedudukan dari segi perlembagaan negeri, tapi jika ianya masih tidak mampu mengubah kedudukan TSKI mengikut lunas undang2, maka pengumuman itu adalah sia2.

Aku tak tahu juga. Atas sebab apa DSAI bertindak segerakan proses tukar TSKI kepada DSWA. Tak boleh tunggu 3 bulan? DSAI confirm masuk penjara? Jika dalam penjara nanti sapa nak jaga Selangor ataupun PKR? Adakah kedudukan MB diberi kepada DSWA untuk pastikan jawatan dia dalam PKR tak tergugat? Ada banyak perkara bermain di pemikiran aku, tapi aku malas nak elobrate satu persatu. Lantakkan disitu.

Jika hanya undi usul tidak percaya boleh menukarkan kedudukan MB, maka PKR jangan tunggu lagi. Usahakan aje sidang DUN tergempar. Jika sultan enggan perkenankan, usulkan secara konsisten dan berterusan. Sehingga 3 bulan berlalu, maka usulkan pula bila DUN bersidang. Masa tue buang la Khalid. Dari hero PKR kepada penjahat dalam PKR. Inila beb. Geng2 partisan.

Korang akan nampak permainan dorang macam mana. Penyokong2 depa ikut aje. Betul salah halal haram apa semua main langgar. Yang penting capai matlamat dan dorang kena menang. Dorang utamakan kesepakatan dalam PR. Maksudnya penting untuk PR terus bersepakatan dalam apa2 hal tanpa mempedulikan bab halal haram. Janji sepakat sudah. Sama2 nak merompak, kasi sepakat. Sama2 nak songlap, kasi sepakat. Kalau sama2 nak buat baik? Kasi sepakat juga la. Mana aku tahu hala tuju PR neh menuju kebaikan ataupun sebaliknya. Benda macam neh aku tak jamin. Aku tak rasa aku perlu korbankan masa depan akhirat aku demi partisan dan pemimpin. Lantak ko la nak bergaduh rebut kuasa, harta, mahupun duit. Janji aku teruskan kempen2 aku untuk menyedarkan rakyat apa itu politik, apa itu partisan, bagaimana kita boleh bebaskan diri kita dari konsep kepartisan ketika berpolitik dan bagaimana rakyat harus bersatu bangkit menuntut hak2 mereka. 

Ketahui la. Baik, jahat neh tak kenal orang jauh sekali parti. Matlamat kita mula2 jatuhkan BN. Lepas jatuhkan BN, kita jatuhkan PR. Ini ada 2 matlamat ini. Jatuhkan BN sebab kita tahu BN corrupted. Jatuhkan PR sebab kita tahu PR menuju ke arah corrupted (separuh dah transform). Nanti masa tue rakyat akan terima kejutan politik. WOW. SENANG NYA JATUHKAN PARTI DARI PENTADBIRAN NEGARA. Betul? Rakyat terdidik dengan situasi itu. Maka selepas itu, Malaysia akan jadi macam JEPUN. Macam Korea. Macam USA. Tukar pemimpin macam tukar baju. Ko buat hal sikit? Sapa boss sekarang? G mampos la ko dalam peti undi nanti. Kita nak maju, kita nak membangun, kita nak polisi2 yang menangkan rakyat, kita kena fikir macam neh. Dari sekarang. Biar pemimpin takut dengan kita, bukan macam sekarang. Lue fikirlah sendiri ek.-Amenoworld

0 comment... add one now