Khalid Ibrahim Patuh Nasihat Sultan Selangor Untuk Tutup Mulut

Khalid Ibrahim Patuh Nasihat Sultan Selangor Untuk Tutup Mulut -Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Sultan Selangor telah menasihatkan beliau supaya tidak membuat sebarang kenyataan sehingga baginda pulang pada 27 Ogos.
Sultan selangor
"Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.

"DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan yang baginda berpuashati bahawa saya mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika saya menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos 2014," kata Khalid dalam satu kenyataan malam ini.

Seterusnya, kata beliau, baginda telah menitahkan beliau supaya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk beliau menghadap baginda.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa beliau telah mengelirukan baginda Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan.

0 comment... add one now