Kisah Sebenar Isu Virus Ebola Tersebar Di Mid Valley

Kisah Sebenar Isu Virus Ebola Tersebar Di Mid Valley-Pada 12 Ogos 2014, orang ramai digemparkan dengan penyebaran foto seorang kanak-kanak didakwa mengalami simptom wabak Ebola sebaik sahaja pulang dari pusat membeli belah Mid Valley. Khabar angin itu pada masa yang sama giat tersebar menerusi applikasi Whatsapp dan menimbulkan rasa panik orang ramai.


 Pada 13 Ogos 2014, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan rasmi dilaman sosial menyatakan bahawa dakwaaan itu adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali. Ini berikutan risiko penularan wabak Ebola di Malaysia adalah amat rendah. Terdahulu, wabak Ebola yang boleh membawa kematian dipercayai mula dikesan dinegara Afrika. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengeluarkan arahan supaya individu yang dijangkiti dengan wabak Ebola tidak boleh keluar dari negara Afrika.



Penjelasan KKM Isu Wabak Virus Ebola Di Malaysia







0 comment... add one now