Tarikh Bulan Puasa 2016

Tarikh mula bulan puasa Ramadhan 2016 Di Malaysia. Menerusi takwim islam yang diedarkan oleh JAKIM, tarikh awal ramadhan atau bulan puasa jatuh pada Isnin 6 Jun 2016 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1437H. Justeru, umat islam akan berpuasa selama 30 hari mulai 6 Jun 2016. 

Untuk info, faktor penentuan awal bulan puasa adalah berdasarkan penampakan anak bulan Ramadhan seperti yang ditetapkan dalam hukum hisab dan rukyat

. Manakala, tarikh cerapan anak bulan Ramadhan boleh dilihat mulai petang 4 Jun 2016. Oleh itu, tarikh permulaan puasa bagi seluruh negeri di Malaysia juga akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi siaran televisyen tempatan pada hari yang sama 4 Jun 2016 selepas waktu maghrib.



Tarikh Bulan Puasa 2016 Di Malaysia

1 Ramadhan 1437H : 6 Jun 2016 (Isnin)

Tarikh Penting Dalam Takwim Islam 2016




-Melvister

0 comment... add one now