Ayah Pin, adalah pengasas kepada "Kerajaan Langit" yang dan disenaraikan pihak berkuasa agama dalam kumpulan agama sesat yang berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut.
Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama, manakala pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu berkenaan. TERENGGANU: Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit', Ariffin Muhamad atau Ayah Pin, 74, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut, jam 8.30 malam tadi.
Isterinya, Jaharah Awang, 56, berkata suaminya meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Sementara itu, jenazah Ayah Pin dikebumikan jam 8 pagi ini di tanah perkuburan berhampiran rumahnya di perkampungan berkenaan.
Ayah Pin, 74, yang meninggalkan tiga balu, dikatakan diserang angin ahmar sejak beberapa tahun lalu.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mengeluarkan fatwa ajaran Ayah Pin sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan diwartakan haram pada 1997.
Pada April 2005, Pejabat Tanah Daerah Besut mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan.