Pengalaman Masuk Disko Tarian Bogel

 Botol dan cawan berisi minuman keras ditonggang ke mulut silih berganti. Muzik bingit dan lampu pelbagai warna silih berganti menerangi ruangan disko yang mampu memuatkan sekitar 100 pelanggan dalam satu-satu masa itu.

Seorang lelaki Malaysia berusia 50-an tiba-tiba bertempik mabuk sambil membuka dan membaling bajunya. Dia yang seolah-olah hilang akal terus meluru naik ke atas salah satu pentas khas.



KEADAAN dalam sebuah disko tarian bogel.

Betong: Bau pekat arak memenuhi disko tarian bogel sambil puluhan lelaki Malaysia saling berhimpit-himpit di meja kecil disediakan.

Ketika itu seorang wanita berusia awal 20-an sedang melakukan tarian erotik di atas pentas itu sambil membuka bra dan seluar dalam dipakainya.

Lelaki tempatan itu yang gagal mengawal nafsu kemudian cuba memeluk dan mencium wanita terbabit sambil tindakannya itu mendapat sorakan gemuruh rakan-rakan lain.

Wanita itu bagaimanapun berulang kali berusaha menepis tangan lelaki itu yang berusaha menggomolnya.

Lelaki itu yang tidak berpuas hati kemudian memanggil seorang pelayan wanita yang bekerja di disko itu sebelum membeli kira-kira 30 utas rantai manik dibawa wanita itu.

Lipatan wang dianggarkan mencecah lebih RM1,000 diserahkan begitu sahaja sebelum rantai manik berwarna merah putih itu bertukar tangan.

Lelaki itu kemudian memanjat semula pentas tarian sebelum bertindak menyarungkan semua rantai manik dibeli itu ke leher penari bogel terbabit.

Tindakannya itu jelas menggembirakan wanita itu kerana setiap rantai ‘pungmelai’ itu boleh ditukarkan semula menjadi wang.

Wanita itu kemudian bagaikan ‘ditundukkan’ apabila terus mengekori lelaki itu untuk duduk di pangkuan sambil diajak meminum arak bersama-sama.

Itu antara pengamatan wartawan sepanjang tempoh sejam berada di dalam pusat hiburan itu yang turut menawarkan lebih 30 penari bogel untuk dipilih oleh lelaki tempatan.

Sikap tidak kedekut wang dan boros menyebabkan pelanggan dalam kalangan rakyat Malaysia dilayan umpama ‘raja’ dengan diberikan layanan istimewa.

0 comment... add one now