Toreh Muka Hanya Solekan Kini Jadi Kenyataan

Nur Shafiqa sebelum ini pernah ditoreh pada bahagian muka,bagaimanapun ia hanya teknik solekan ngeri yang dipelajari di MARA.Mungkin hanya kebetulan yang sangat malang apabila torehan itu betul-betul jadi kenyataan tak lama kemudian.Mungkin juga orang yang menoreh muka gadis cantik ini adalah seseorang yang dikenali mangsa.


Satu kejadian samun dan rompak telah berlaku di Lot 1195, Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelmarin.

Kejadian yang berlaku pada jam kira-kira 1.40 petang itu disahkan oleh bilik Gerakan IPD Pasir Puteh Kelantan telah menerima panggilan telefon.

Siasatan awal yang dibuat oleh pihak Polis dirumah mangsa didapati pada masa kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa Hat Tema Bt Mat Zin, Nur Shafiqa bt Lah, 22 tahun dan Nur Shafatini bt Lah.

Dua lelaki melayu menaiki motosikal dan telah masuk ke dalam rumah tanpa membuka topi keledar yang mempunyai visor manakala seorang lagi suspek telah menendang pintu bilik air di mana mangsa Nur Shafiqa sedang mandi.

Setelah pintu terbuka suspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah dan mangsa dapati emak Mangsa (Hat Tema) sedang terbaring di ruang dapur rumah.

Kemudian mangsa Nur Shafiqa telah diminta oleh salah seorang saspek untuk mencabut sebentuk cincin yang sedang dipakai oleh mangsa iaitu ibu Nur Shafiqa yang sedang terbaring di atas lantai.




































Nur Shafiqa kemudiannya telah dibawa masuk ke dalam salah satu bilik dan saspek telah mengambil satu telefon bimbit miliknya jenis iPhone 5.


Semasa di dalam bilik itu juga, Shafiqa telah melihat suspek membuka seluar dan pada anggapannya dia akan dirogol oleh penyamun tersebut namun saspek pakai semula seluar apabila suspek yang kedua yang berada di luar bersama dengan ibu mangsa memanggilnya.


Suspek pertama terus keluar dari bilik dan kemudian masuk semula kedalam bilik serta menumbuk muka mangsa dan toreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan.

Suspek kemudian keluar dari bilik dan seterusnya Nur Shafiqa terus kunci bilik dari dalam dan kemudian berteriak ikut tingkap untuk minta bantuan. Saspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa berteriak meminta bantuan.

Pada masa yang sama adik mangsa iaitu Nur Shafatini turut berada didalam rumah. Adik mangsa berada dalam bilik berlainan pada ketika itu dan telah bersembunyi di bawah katil ketika suspek menendang pintu bilik.

Walaubagaimana pun beliau tidak nampak saspek yang masuk ke dalam rumah mereka. Nur Shafatini kemudiannya telah menghubungi pihak polis dan juga ambulans.

Setelang Polis dan ambulan tiba serta membawa kedua-dua mangsa Hat Tema dan Nur Shafiq telah dibawa ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut.


Sama-sama kita doa kan semoga eqa cepat sembuh #Prayforeqa dan terus tabah hadapi dugaan ini. Oleh Tiffany HNS

0 comment... add one now