Seorang pengguna facebook telah memuat naik gambar transaksi duitnya dari Maybank yang telah kena hack.Dia yang sebelum ini mempercayai penuh dengan keselamatan pihak bank menetapkan limit duit keluar RM10K.Dia kerugian RM4992 dengan 20 kali transaksi dari luar negara.Anda boleh baca dibawah
1. Sebelum memasuki talian, pastikan PC dilengkapi perisian anti virus atau perisian keselamatan internet yang dikemas kini untuk melindungi daripada perisian pengintip, virus, cecing dan lain-lain ancaman.
2. Buat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum pembelian dibuat. Peka dengan pasaran semasa. Jangan terpedaya dengan penawaran harga murah.
3. Buat penilaian terlebih dahulu terhadap syarikat tersebut. Ia bertujuan untuk mendapatkan kebolehpercayaan syarikat itu.
4. Lakukan transaksi hanya menerusi lama web yang selamat dan boleh dipercayai. Sebelum membuat belian, pastikan pemilik laman sosial terbabit memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselamatan tertentu. Sebelum urusan pembelian dibuat, hubungi penjual terlebih dahulu. Pastikan apa barang yang dipesan dan bila barang dijangka sampai.
5. Pembayaran menggunakan kad kredit adalah kaedah transaksi yang paling selamat kerana teknologi enkripsi dan validasi yang digunakan adalah antara yang paling selamat. Pastikan nama pemilik akuan bank adalah sama dengan nama penjual yang tentera di websitenya.
6. Selesai urusan pembayaran, cetak resit dan helaian pengesahan transaksi atau pengesahan pembelian. Sewajarnya anda menerima pengesahan belian secara langsung dari laman web atau e-mel setiap kali selepas membuat belian. Jika belum dapat, sila ambil perhatian. Sentiasa pastikan pengesahan itu sehingga produk yang dibeli sampai ke tangan anda.