Raja Farah Jawab Isu Berseorangan Tidak Lagi Bersama Suami-Pengacara dan pelakon, Raja Farah dilihat sering dilihat keluar ke mana-mana keseorangan tanpa bertemankan suaminya iaitu Megat Bashirun.Namun, Raja Farah telah menafikan hal tersebut dan akui sering keluar tanpa ditemani suaminya, Megat Bashirun kerana suaminya kini menjadi guru selam di Pulau
Perhentian, Terengganu.“Sebenarnya memang saya sudah lama berjauhan dengan suami di atas tuntutan kerja masing-masing. Saya bekerja di Kuala Lumpur dan dia pula di Pulau Perhentian.
BAca : Punca Miss Chew Penganjur Sukan Tanpa Pakaian Dikerumuni Ramai Lelak
“Sebulan ada juga beberapa kali kami berjumpa itu pun jika cuti kami sama. Tapi saya kini jika tidak ada apa-apa urusan di Kuala Lumpur, saya sekarang menetap di Kelantan dekat dengan rumah mertua.
“Nak cerita mengenai hal rumahtangga ini, saya rasa saya lebih suka berdiam diri untuk bercerita mengenai hal peribadi. Cuma yang boleh saya katakan, alhamdulilah setakat ini belum ada masalah besar yang menggugat rumah tangga kami selama 4 tahun ini.
“Mungkin orang boleh timbulkan pelbagai andaian daripada apa yang mereka lihat tetapi yang mengentahui hal sebenar hanya kami berdua sahaja.
“Apa-apa pun saya minta semua agar mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan rumahtangga kami supaya dilindungi daripada apa jua keadaan yang boleh memisahkan kami,”katanya.