Mata Air Muncul Selamatkan Pejuang Palestin Dalam Terowong Bawah Tanah

Mata Air Muncul Selamatkan Pejuang Palestin Dalam Terowong Bawah Tanah-Kisah ini diceritakan sendiri oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dalam laman sesawang mereka iaitu kisah bagaimana 29 orang anggota Briged Al-Qassam yang bertempur di Khan Younis ketika perang darat bermula terperangkap dalam terowong bawah tanah dan komander briged mengesyaki bahawa mereka telahpun syahid selepas terputus komunikasi dengan mereka.
Tetapi dengan takdir Allah, 23 orang anggota Briged Al-Qassam berjaya keluar dengan selamatnya semalam. Baki anggota Briged Al-Qassam yang lain masih dicari.
mata air,pejuang palestin

[Mujahidin Al-Qassam terperangkap dalam terowong berminggu-minggu, akhirnya berjaya keluar dengan selamat]
______________________________________________________
Lubang keluar dari terowong itu telah musnah dan tertutup apabila sebuah pesawat F-16 membedilnya dengan peluru berpandu. Ini menjadikan mereka terperangkap dalam terowong dengan kedalaman 25 meter dari atas tanah.
Seorang komander berkata : 

"Setelah tempoh gencatan senjata bermula, pasukan bomba dan penyelamat berusaha menggali semula terowong yang telah terkambus itu, lalu kami terkejut apabila 23 orang mujahidin berjaya keluar dengan kesihatan yang cukup baik."

Salah seorang mujahidin yang berjaya keluar dengan selamat itu berkata : 
"Kami menjumpai sebuah air mata air dengan izin Allah dan kami meletakkan helaian baju kami agar air itu bertakung di dalam baju tersebut. Kami ada beberapa biji tamar lalu kami membahagi-bahagikannya antara kami. Setiap seorang dari kami mendapat separuh dari sebiji tamar, dan separuh gelas air yang kecil setiap hari."
Sebagai makluman, punca air di kawasan itu berada pada 90 meter dalamnya dari atas tanah, iaitu 65 meter di bawah tempat para mujahidin itu terperangkap.
Mujahidin itu menambah lagi :
 "Ini adalah satu anugerah yang diberi Allah kepada kami, dan jika seluruh dunia tidak bersama kami dan para mujahidin kami, Allah ada untuk bersama kami."
Jangan lupa sebarkan pada rakan-rakan.
Maruah Israel terus tercalar.Maruah Israel semakin terlondeh apabila mengakui bahawa mereka telah menemui terowong rahsia ke dua yang telah digali dan dikawal oleh Hamas dari Semenanjung Gaza ke Israel.
Mereka mengiktiraf kemahiran Hamas untuk membina ratusan terowong yang canggih di antara sempadan Rafah (Mesir) dan Gaza. 

Namun pembinaan terowong rahsia daripada Gaza ke dalam Israel yang berkepanjangan beberapa kilometer adalah sesuatu yang sangat mengejutkan dan ternyata bahawa kecanggihan sistem keselamatan Israel semakin tercabar.

9 Sebab israel Mahukan Gencatan Senjata Lebih Awal
MAFIABOSS
Bagaimana tentera zionis meratap kematian…
Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin.Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza.
Apa tidaknya ?
1-Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.
2-Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam
3-Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu.
israel f16 Igauan Israel menjadi realiti…
Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam
4-Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.
5-Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.
6-Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.
7-Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.
8-Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.
9-Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.
Ingatilah firman Allah swt :
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -
Surah al-Imran ayat 54
“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”
Subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar….
Oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin

Seni ini hanya di Gaza.

Ya, hanya di Gaza.
Sumber : QNN

0 comment... add one now