Pegawai Perhubungan Awam LHDN Masrun Maslin berkata pejabat LHDN seluruh negara telah membuka kaunter khas untuk memberi perkhidmatan kepada pemohon BR1M.
“Ia merupakan perkara biasa apabila pejabat kami sesak seperti ini pada hari pertama setiap bulan dan kami bersedia untuk melayan mereka. Namun, kami menggalakkan pemohon BR1M menggunakan sistem permohonan secara dalam talian, ” katanya.

Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara penuh sesak dengan orang ramai yang tidak sabar untuk membuat permohonan bagi mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebaik sahaja borang bantuan tunai itu mula diagihkan.
Di Taiping, Perak, orang ramai beratur seawal jam 7.30 pagi, menyaksikan barisan di sepanjang jalan di luar dan sekitar bangunan pejabat LHDN, manakala di Kota Baru, kaunter khas telah dibuka di hadapan bangunan pejabat.
Barisan panjang juga dilihat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Perlis dan Kedah.
Mengenai jumlah kaunter khas untuk BR1M, Masrun berkata terdapat kira-kira 10 hingga 20 kaunter khas di setiap cawangan, bergantung kepada bilangan pemohon yang dijangka.
Permohonan untuk BR1M akan dibuka sehingga 31 Disember dan borang-borang boleh dikembalikan ke cawangan LHDN, pusat khidmat hasil, UTC atau pejabat-pejabat daerah.
Bagaimanpun, Masrun, amat mengesyorkan agar pemohon masuk ke portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri di https/: ebr1m.hasil.gov.my untuk proses permohonan yang lebih mudah.
BR1M akan dibayar tiga kali setahun bagi penerima isi rumah, dan hanya sekali untuk penerima individu. Bagi individu yang mempunyai pendapatan di bawah RM2000, RM350 akan dibayar bermula 28 Januari 2015.
Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke bawah, bayaran pertama sebanyak RM300 akan diberikan pada 28 Januari, RM300 pada 28 Mei dan RM350 pada 28 September.
Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,001 ke RM4,000, pembayaran pertama sebanyak RM200 akan dibuat pada pada 28 Januari, RM200 pada 28 Mei dan RM350 pada 28 September.
Di George Town, orang ramai tiba beramai-ramai untuk menyerahkan borang BR1M mereka di pejabat LHDN di Dewan Perniagaan Melayu.
Barisan sepanjang 100m panjang menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana di situ terdapat kenderaan yang menurunkan dan mengambil penumpang di Beach Street.
Beberapa pegawai LHDN berada di sekitar kawasan, mengedarkan borang dan melayan pertanyaan.
Pemohon kali pertama Chong Kooi Gek, 82, yang datang dengan rakannya Goh Siew Khim, 60, berkata: “Oleh kerana anak perempuan saya sedang bercuti, saya datang dengan segera untuk menyelesaikan dokumen. Lebih awal adalah lebih baik.
“Kawan saya datang bersama-sama kerana ini adalah kali pertama dia memohon dan dia tidak pasti bagaimana untuk melakukannya.” – mStar Online