Video Pengantin Pijak Dan Bakar Bendera Israel-Mereka diarak masuk ke perkarangan rumah pengantin perempuan sebelum memijak dan membakar bendera negara Israel, sebagai tanda protes terhadap kekejaman Zionis.
Mohd Hilmi yang bernikah dengan Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, mengabadikan hari persandingan mereka di rumah pengantin perempuan di Kampung Umbai, Merlimau, di sini, semalam dengan berpakaian serba hijau sebagai tanda menyokong rakyat Palestin.
Menurut Norfadhilah, dia dan suami simpati dengan nasib menimpa rakyat Palestin.
“Kami kesal dan sedih melihat kekejaman tidak berperi kemanusiaan Israel. Sebagai umat Islam, kita mesti membantah sekeras-kerasnya tindakan mereka kerana mereka memang layak dikeji,” katanya yang ditemui selepas majlis persandingan jam 2 petang, semalam.