Selangor Akan Kembali Pada BN Sekiranya Saya Disingkir-Khalid Ibrahim

Selangor Akan Kembali Pada BN Sekiranya Saya Disingkir-Khalid Ibrahim-Saya beri amaran kepada Pakatan Rakyat (PR) jika saya disingkirkan, negeri Selangor akan balik kepada Barisan Nasional.

“Saya tidak akan undur diri. Tetapi saya minta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kemukakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) jika itu yang mereka mahu,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
khalid ibrahim BN,menteri besar selangor
Tanpa berselindung atau mungkin sudah muak dengan karenah ahli dan pemimpin parti, Menteri Besar Selangor itu menjelaskan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sudah tidak boleh disorok lagi dan sangat memalukan.

“Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai masalah tetapi apa yang berlaku sepatutnya tidak berlaku. Amatkah memalukan bila orang luar melihat perangai ahli PKR.

“Terus terang saya nyatakan di sini, bukan ugutan tetapi jika saya dipaksa meletak jawatan dengan cara ini, saya amat yakin Selangor akan dirampas oleh BN dengan mudah nanti,” tegasnya.

Selangor terus bergolak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 apabila ada pihak dalam PKR tidak setuju khidmat Khalid disambung walaupun mendapat sokongan penuh Pas dan DAP.

Malah kekecohan dalam pemilihan PKR yang belum selesai hingga hari ini turut memburukkan Abdul Khalid dan parti itu sendiri di mata umum. -- Malaysia Gazette

0 comment... add one now