Kesian Rupanya MH17 Menyerupai Pesawat Peninjau AS- Pengesahan kewujudan pesawat peninjau Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa melalui ruang udara Sweden pada 18 Julai lalu menimbulkan lebih banyak tanda tanda berhubung kaitannya dengan insiden menimpa penerbangan MH17.
Kehadiran pesawat peninjau AS itu dilaporkan oleh pihak media Sweden dan disahkan oleh pegawai tentera Amerika.
Kesian Sebenarnya MH17 Menyerupai Pesawat Peninjau AS
Menurutnya, pesawat pengawasan elektronik Tentera Udara AS RC-135 itu didakwa terbang berhampiran Kalingrad, Russia antara Poland dan Lithuania sebelum terpaksa dilencongkan.
Agensi berita ABC News dipetik berkata, pemerintah tentera AS di Eropah berkata, komander pesawat Tentera Udara AS RC-135 bertindak melencongkan pesawat selepas menyedari Russia melancarkan jet pejuangnya.
PESAWAT RC-135 yang digunakan tentera AS.
Sweden bukan ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan kenyataan memberitahu bahawa juruterbang pesawat RC-135 diarahkan untuk memasuki ruang udara Sweden adalah satu kesilapan.
Menurutnya, pesawat RC-135 melencong masuk ke ruang udara Sweden walaupun kebenaran berbuat demikian oleh Kawalan Trafik Udara dinafikan.
Kejadian ini menimbulkan persoalan baru sama ada jet pejuang Russia yang memburu pesawat RC-135 milik AS tersalah sasaran dan menembak jatuh pesawat MH17.
Ia juga menimbulkan kemungkinan sama ada MH17 disalah anggap sebagai pesawat pengawasan yang dihantar memasuki ruang udara timur Ukraine ataupun Russia.
Pesawat pengawasan tentera Amerika Syarikat jenis Boeing 707 dilihat hampir menyerupai pesawat komersial awam.