Cara Beraya Dengan Rotan Sesama Sendiri Hingga Berdarah Di Indonesia-Di Maluku setiap Syawal ke 7 akan diadakan acara Pukul Sapu diantara kampung Morella dan Mamala. Pemuda-pemuda dari dua kampung berjiran ini akan bergilir-gilir menyebat jiran mereka menggunakan rotan. Ketika dirotan penerima tidak boleh mengeluh kesakitan ataupun mengelak. Ianya menguji ketahanan peserta dan menunjukkan siapa lebih anak jantan.
Amalan ini bukannya untuk menimbulkan perasaan benci tetapi didakwa merapatkan hubungan diantara dua kampung ini sejak kurun ke 16. Selepas memukul sesama sendiri sehingga badan berbirat minyak khas disapu pada tubuh yang akan menyembuhkan luka dalam masa 3 hari.
Badan yang disebat juga tidak meninggalkan kesan parut. Minyak yang digunakan kini mendapat perhatian saintis Indonesia dan Barat kerana kemampuan menyembuhkan lukanya yang menakjubkan. Aneh juga ya sambut Hari Raya dengan memukul sesama saudara seagama.