6 Lori Bauksit Di Bakar Penduduk Kampung

Apa dah nak jadi dengan pihak berkuasa di Malaysia,kalau di Pasaraya Kota Raya Kuala Lumpur kita dapat lihat orang ramai yang jadi mangsa tipu bertindak sendiri belasah penjual handphone kerana pihak berkuasa lambat bertindak.Di Kuantan pula dah 6 buah lori bauksit dibakar orang awam

KUANTAN – Penduduk kini semakin berani bertindak sendiri dengan membakar lori bauksit kerana kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang gagal menangani masalah berkenaan.

Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, melihat trend kemarahan itu, kerajaan negeri digesa segera tangani masalah berkenaan sebelum tercetusnya masalah lebih rumit.

“Kerajaan tidak boleh melengah-lengahkan lagi perkara ini dan saya bimbang kejadian sama terus berulang memandangkan ini kali keenam kejadian lori terbakar berlaku.

"Jadi dalam hal ini, kerajaan atau pihak berkenaan perlu membuat sesuatu agar masyarakat tidak bertindak sendiri kerana ia boleh mengundang sesuatu yang lebih teruk lagi berlaku pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Menurutnya, kebangkitan masyarakat di negeri ini dapat dilihat selepas kejadian maut membabitkan seorang guru akibat ditimba tayar lori bauksit yang tercabut dan terpelanting kelmarin.

“Selepas tragedi itu, masyarakat mula melihat kegagalan pihak berkuasa untuk menangani dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung masalah tersebut.

“Alasan ini menyebabkan masyarakat nekad untuk mengambil tindakan sendiri dan ini akan mengundang pelbagai kejadian tidak diingini,” katanya.

Dalam pada itu, Andansura menyuarakan kekesalan kerana perkara ini berulang kali dibangkitkan dalam sidang Dun, namun kerajaan negeri tidak bertindak untuk memperbetulkan keadaan ini.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan negeri mengambil tindakan segera dengan memberhentikan semua aktiviti perlombongan bauksit.

“Kita minta agar kerajaan dengar suara rakyat demi kesejahteraan semua penduduk di daerah ini,” katanya.




Guru wanita maut terkena tayar lori bauksit tercabut




KUANTAN - Seorang guru wanita maut setelah kereta yang dinaikinya terkena tayar tengah lori membawa muatan bauksit yang tercabut di Jalan Pintasan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang, di sini petang tadi.

Pegawai Turus Trafik Pahang Deputi Superitenden Ahmad Nazri Zainal berkata mangsa Nohaili Ahmad Zabidi, 40, merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Balok.

"Kejadian berlaku pada jam 3 petang apabila tayar tengah sebelah kanan lori yang dari arah Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan itu telah tercabut dan terpelanting ke bahagian hadapan kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan.

"Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan penumpang hadapan kenderaan berkenaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Namun pemandu kereta tersebut yang berusia 42 tahun tidak cedera," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ahmad Nazri berkata polis sedang mengesan pemandu lori berkenaan yang syarikatnya beralamat di Puchong, Selangor, kerana dipercayai melarikan diri sejurus selepas kemalangan itu berlaku.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemandu lori berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

0 comment... add one now