=Jam 2 pagi, 5 Jun 2015. Saya menerima jemputan daripada seorang teman untuk hadir ke PWTC, Kuala Lumpur pada pagi ini. Beliau memaklumkan kepada saya terdapat satu konferens khas yang dianjurkan oleh satu badan bukan kerajaan yang mana tetamu kehormat utamanya adalah Dato Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.
aNamun, itu bukan perkara yang menarik perhatian saya untuk hadir pagi tadi. Apa yang menarik perhatian saya untuk hadir adalah, tatkala rakan saya itu memaklumkan bahawa Tun Dr Mahatir Mohamad juga akan turut sama turun mengikuti konferens itu. Beliau memaklumkan kepada saya, katanya Tun M mahu hadir dan bertanyakan kepada DS Najib beberapa perkara tentang krisis kewangan negara dan juga tentang isu 1MDB yang sedang hangat diperkatakan di pentas politik negara.
Terdapat 10 soalan yang akan ditanya oleh Tun M kepada DS Najib yang mana salah satunya adalah berkait dengan telaga minyak di Terengganu yang telah digadai oleh DS Najib kepada pihak pelabur asing sebagai meraih dana untuk mendapatkan wang bagi ditabur kepada rakyat.
Perakara ini amat memeranjatkan saya lantas tanpa banyak tanya saya bersetuju untuk turut sama hadir di PWTC pada pagi tadi.
Tepat jam 9.20 pagi saya tiba di perkarangan ruang legar PWTC. Berputar-putar mencari tapak parking di bahagian rooftop dan basement , langsung tiada parking. Semuanya penuh. Okay, ini sah ramai yang hadir!
Saya terus ke bahagian sisi PWTC yang berhadapan dengan traffic light Putra, saya park disitu. Sudah biasa kena saman, jadi tak mengapa. Kerana isi konferens ini lebih mahal harganya daripada harga sebuah saman DBKL. Jauh disudut hati saya berkata, harap-harap tak kena samanlah hari ini.
Saya terus bergegas masuk ke PWTC. Saya difahamkan pada malam tadi, konferens bermula seawal jam 9 Pagi dan dihadiri oleh DS Najib sendiri dan Tun M. Jujur saya katakan, langsung saya tidak tahu bahawa majlis sudahpun dibatalkan pagi-pagi buta tadi selepas ada isu gempa di Sabah dan pengumuman telah dibuat oleh IGP di Twitternya.
Saya tidak online sejak dari bangun tidur dan terus ke PWTC. Sesampainya di ruang legar, barulah saya membuka sosial media saya dan melihat pelbagai update dari rakan-rakan facebook saya mengatakan IGP sudah batalkan majlis.
Saya tanya pada wartawan dan rakan media yang ramai di sini, mereka kata Tun M ada kat dalam Bilik Mawar sebagai tetamu kehormat. Sedang berehat di bilik VIP. Beliau masih menunggu kehadiran DS Najib namun tetap tidak kunjung tiba.
Saya kirakan saya sudah agak lewat dan tidak dapat masuk ke dalam dewan, namun rupanya ada yang lebih lewat daripada saya iaitu DS Najib sendiri. Saya teringat kisahnya malam tadi betapa pahlawan dan hebatnya beliau menggelarkan dirinya seorang Bugis dan tidak pernah takut atau gentar untuk meneruskan perjuangannya.
Kali ini saya terasa sinis. Hampa... Seorang pemimpin negara tidak dapat menepati janji dan kata-katanya sendiri. Namun, disebabkan Tun M masih di dalam bilik, maka saya mengambil keputusan untuk tetap menunggu sehingga Tun M keluar. Saya yakin pasti ada sesuatu yang Tun M akan perkatakan nanti apabila beliau keluar dari bilik.
Sesudah jam 10 pagi, para media suda mula bertanya kepada pengawal dan urusetia majlis. Bila nak mula wei ??
Selepas 15 minit, akhirnya ketika 10.18 pagi Tun M keluar daripada bilik VIP dan menuju masuk ke Dewan Mawar. Ketika keluar, Tun M diserbu oleh rakan media dan kedengaran laungan "Hidup Tun" berulang kali mengiringi masuknya Tun M ke dalam dewan.
(Tun M sewaktu berehat di bilik Mawar)
(Sila login akaun facebook anda dan follow saya: MUHAMMAD MAMZAH kemudian tekan button play untuk membuka video.)
Saya pun berasak-asak masuk ke dalam dewan bersama-sama rakan media yang lain.
Ketika di dalam dewan, pihak pengacara majlis memulakan ucaptamanya dengan membuat satu pengumuman. Kata pengacara majlis, mereka terpaksa membatalkan konferensi itu atas nasihat polis kerana katanya, pihak polis ada membuat satu tangkapan di luar PWTC tadi akibat berlakunya kekecohan di luar.
Saya berasa pelik kerana sepanjang jam 9.20 hingga 10.18 tadi saya berada di luar, LANGSUNG TIDAK ADA APA-APA KEKECOHAN diluar dan TIADA tangkapan melainkan hanya bising dan hiruk pikuk para media dan wakil NGO berbual di luar. Itu perkara normal. Bila Tun M diserbu media pun perkara normal. Yang pasti, TIADA PERGADUHAN seperti yang didakwa mereka.
Saya sudah perasan ke'bullshit'an ini. Mereka cuba alih cerita dan buatkan sehingga konferensi ini gagal. Saya yakin, ini arahan daripada pihak penasihat dan s/u sulit DS Najib juga. Kerana itu IGP sudah membuat pengumuman awal di Twitternya lagi.
Namun, saya percaya yang Tun M tetap akan berucap kerana beliau adalah seorang mantan pemimpin negara. Mana mungkin kehadirannya dipandang remeh sebegitu rupa. Sudah pasti ada laluan dibuka untuk beliau.
Setelah pengumuman oleh pengerusi majlis dibuat berakhir, maka Tun M dipersilakan ke podium untuk memberi ucapan.
Ikuti video berikut sebagai lintas langsung daripada PWTC....
(Sila login akaun facebook anda dan follow saya: MUHAMMAD MAMZAH kemudian tekan button play untuk membuka video.)
(Tun M sewaktu berucap)
Saya salinkan semula apa yang diperkatakan oleh Tun M....
UCAPTAMA Tun Mahatir Mohamad di PWTC, KL.
5 Jun 2015.
1. Bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang telah berlaku dan kenapa saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong DS Najib walaupun dia adalah anak Tun Razak yang menjadi idola saya dahulu yang menyebabkan saya dapat jadi PM. Saya amat terhutang budi pada Tun Razak.
2. Sebab itu saya hendak DS Najib meneruskan perjuangan Tun Razak. Sebab itu saya sokong DS Najib. Tetapi saya dapati banyak dasar-dasarnya tidak membawa kebaikan kepada negara.
3. Dia terlalu tunduk kepada Singapura. Dia terlalu tunduk kepada Amerika.
4. Sehingga nak buat keretapi di negara sendiri pun dia bertanya kepada PM Singapura. Bolehkah saya buat keretapi laju di negara sendiri ?
5. Dia bagitahu tak boleh. Jadi DS Najib sendiri pun tak bolehlah... pasal PM Singapura tak setuju.
6. Jadi apakah negara kita ini sudah merdeka? Atau kita masih dijajah.
7. Ternampak bagi saya seolah-olah negara kita masih dijajah.
8. Banyak sudah rancangan dan polisi lama yang dibatalkan dan digantikan dengan dasar-dasar baru ciptaannya sendiri yang saya tak bersetuju. Namun saya tahan hati. Saya beritahu kepada diri saya, saya bukan PM. Masa saya sudah habis.
9. Ini masa DS Najib dan saya tak patut ganggu. Saya bertahan lama. Tetapi apabila kehilangan wang berbillion ringgit. Saya dapati ini tak boleh dibenarkan kerana perbuatan ini dibuat secara sulit.
10. Tidak diberitahu kepada rakyat dan tak diberitahu kepada kabinet pun.
11. Saya ingin menceritakan daripada mula, diwaktu mana cadangan dibuat, dimana duit minyak Terengganu mahu digunakan untuk pelaburan. Dan ditubuhlah satu badan pelaburan TIA, Terengganu Investment Authority.
12. Tetapi walaupun ia milik Terengganu tetapi negeri itu sendiri tak berkuasa atas pengurusan wang tersebut.
13. Segala pengurusnya dilantik oleh DS Najib.
14. Saya bermula pendapat bahawa ini adalah cadangan yang baik. Seperti Kuwait dulu boleh melabur. Dan menjadi lebih kaya.
15. Tetapi saya dapati pengurusannya tidak seperti yang dikehendaki.
16. Yang pertamanya, telaga minyak Terengganu mahu digadai nak dijadi collateral untuk pinjaman wang.
17. Ini telaga minyak Terengganu adalah milik Terengganu dan telaga minyak milik negara. Kita tak boleh gadai semudahnya.
18. Zaman dulu kita biasa gadai tanah untuk nak dapat bantuan daripada British. Bagi Pulau Pinang, bagi Singapura pada orang.
19. Ini nak digadai harta kita kepada orang dan dibuat pula tanpa tanya orang negeri Terengganu.
20. Saya diberitahu bahawa tiba-tiba cadangan dibuat untuk pinjam sebanyak 5 billion Ringgit dengan cagaran telaga-telaga minyak Terengganu.
21. Pihak Istana tidak setuju dan disuruh supaya pinjaman ini ditangguhkan tetapi DS Najib teruskan juga sebab itu Terengganu asingkan diri daripada perkara ini.
22. Pada masa itu pun sudah ada jolo menghasut sana sini supaya diadakan pelaburan.....
Ucaptama terhenti apabila pihak Polis mula menyerbu nak ke pentas untuk memberhentikan ucapan Tun M. Apabila Tun M memberitahu sebab ucaptamanya kepada Polis, mikrofon telah dirampas dan Tun M diarahkan duduk.
"Saya datang pasal saya nak bercakap dengan DS Najib..." -Tun M, PWTC, KL, 5 Jun 2015.
Percakapan selepas itu sudah tidak dapat didengari lagi kerana pihak media diarahkan turun daripada pentas utama.
ANALISA SAYA (Brado Kapak):
23. Tun M hadir untuk bertanya 10 soalan kepada DS Najib tetapi DS Najib tidak berani bertentang mata dengan Tun M.
24. Sedangkan pada awalnya beliau amat lantang bersuara di kaca tv memberitahu asal-usulnya daripada Bugis dan berdarah Pahlawan.
25. Saya sangsi, pahlawan jenis apakah yang beliau maksudkan.
26. Pahlawan papan kekuncikah ? Atau pahlawan hanya di media sosial dan kaca televisyen?
27. Seorang pahlawan yang benar, tidak akan melanggar janjinya dan sentiasa menepati masa.
28. Jam 10.15 pagi, kelibat DS Najib masih tidak kelihatan di PWTC. Bererti beliau telah memungkiri kata-katanya sendiri. Biarpun mendapat nasihat daripada IGP, tetapi lebih elok jika beliau sendiri hadir dan bersemuka dengan Tun M. Barulah ketika itu kepercayaan orang terhadapnya dapat dikembalikan.
29. Tatkala ketidakhadiran DS Najib ke PWTC berlaku, ia telah mencerminkan peribadinya yang sebenar bahawa beliau amat takut dan tidak berpendirian teguh. Suka saya katakan bahawa DS Najib banyak dipengaruhi oleh para penasihat politik dan setiausaha sulitnya sendiri.
30. Bayangkan, seorang mantan Perdana Menteri boleh menepati masa dan datang jauh-jauh untuk bertemu seorang pahlawan yang masih ada kuasa. Tetapi pahlawan itu tidak dapat hadir pada waktu yang ditetapkan.
31. Bagaimana mahu menjadi seorang pahlawan jika menepati masa dan janji pun gagal? Jangankan pahlawan itu kalah dalam bertanding, negara pun boleh tergadai ! Kalau perang betul terjadi, pahlawan masih belum tiba tetapi negara sudah diserang, apa mahu terjadi ???
32. Betapa pengecut dan baculnya seorang yang bergelar Perdana Menteri telah mengarahkan juaknya untuk pergi menutup majlis itu secara paksa dengan merampas mikrofon daripada Tun M.
33. Sehingga kini, kita semua masih menanti apakah 10 soalan yang mahu ditanyakan oleh Tun M kepada DS Najib.
34. Kita masih berharap agar diadakan sekali lagi konferensi yang baru dan betul disebuah kawasan yang lebih terbuka, lapang dan dapat dihadiri jutaan rakyat.
35. Rakyat Malaysia dahagakan kebenaran. Dalam pada kita leka dengan hal-hal yang viral di sosial media, tetapi kita masih mahu melihat pemimpin negara kita berlaku adil, saksama, telus, jujur dan memimpin negara dengan baik.
36. Alangkah bagusnya jika DS Najib hadir sendiri ke PWTC dan menyatakan perakara benar yang berlaku.
37. Jika betul beliau ada membuat kesilapan dalam kepimpinannya, maka beritahu kepada rakyat dan tak perlu berselindung sama seperti slogannya sendiri, "Nothing to hide". Jika terbukti bersalah, DS Najib harus meletakkan jawatannya dengan segera kerana beliau sudah tidak berkredibiliti lagi untuk memimpin negara. Lantas para kabinet harus bermesyuarat segera untuk melantik pengganti sementara sebelum merangka pemilihan raya dan kabinet yang baharu.
38. Namun, apa yang berlaku amat menyedihkan. Amat jelas bahawa terlalu banyak yang mahu disembunyikan oleh DS Najib.
39. Sempena mengambil keberkatan hari Jumaat dibulan Syaaban ini, marilah sama-sama kita doakan agar dibukakan pintu kebaikan untuk negara kita, dijauhkan daripada bala bencana seperti yang terjadi pagi tadi di Sabah, dan moga-moga kebenaran dapat ditimbulkan mengatasi kebatilan dalam politik Malaysia.
40. Rakyat sudah tidak tahan lagi. Sedangkan orang UMNO sendiri memberontak, apatahlagi rakyat kebanyakan yang bertaraf marhean dan kelas bawahan seperti kita semua.
41. Apapun, doa Alamrhum Ustaz Fadzil Nor, Mantan Presiden PAS, suatu ketika dahulu telah termakbul dan menjadi kenyataan.
Almarhum pernah berdoa sewaktu hayatnya berbunyi lebih kurang begini...
"Panjangkanlah usia Mahatir sehingga dia dapat melihat sendiri kehancuran negara ini yang berpunca daripada tangannya...."
42. Al-Fatihah ila ruhi Almarhum Ustaz Fadzil Nor. Semoga ALLAH SWT mencucuri RahmatNYA ke atas Ruh Almarhum. Sesungguhnya perjuangannya benar dan doanya telah termakbul.
43. Kita sebagai rakyat Malaysia telahpun sama-sama melihat banyak kerosakan berlaku dalam negara akibat apa yang dimulakan oleh Tun M sendiri.
44. Namun, kita juga sudah melihat bahawa Tun M sudah banyak berubah dan cuba untuk membetulkan keadaan negara ini yang dicintai kita bersama.
45. Maka, untuk itu ayuh doakanlah juga supaya Tun M tetap kekal sihat dan dipanjangkan umur dan diberikan kekuatan, taufik dan hidayah agar dapat mengembalikan kegemilangan Malaysia di persada dunia seperti yang pernah dibuatnya satu ketika dahulu.
46. Kita percaya, pasti kelak akan timbul satu titik tolak yang akan merubah banyak nasib negara.
47. Kini, sudah tidak kedengaran lagi bicara-bicara yang mengatakan orang asing seperti Cina mahu merampas negara.
48. Kerana apa yang berlaku sekarang adalah, orang Melayu bergaduh sesama sendiri. Hal ini jugalah yang pernah terjadi suatu ketika dahulu pada era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Para ahli kabinet istana bergaduh sesama sendiri, berebutkan kemewahan, beradu-domba, hasut menghasut dan hasad dengki sesama sendiri.
49. Apa yang terjadi setelah itu ? Bangsa asing seperti Cina, India, Ghurka, Bulek dan orang Arab mentertawakan kita, Melayu yang menjadi tuan dan empunya tanah air ini.
50. Balasannya datang secara tunai daripada ALLAH SWT, diturunkan bala tentera Portugis untuk menghancurkan dan menghentam kegemilangan Melaka ketika itu. Hancur sekelip mata dengan hanya dua serangan sahaja.
51. Maka, apakah kita mahu melihat sejarah yang sama berulang lagi ? Adakah kita mahu hal ini terjadi sewaktu hayat kita dan anak cucu kita ? Apakah ini yang kita ingin wariskan kepada keturunan kita ? Apakah ini yang mahu kita pertontonkan kepada dunia ? Apakah ini yang mahu kita capai pra-kegemilangan wawasan 2020 nanti ?
52. Ayuh, sama-samalah kita berdoa untuk kebaikan negara dan keamanan serta kesejahteraan Malaysia. Semoga pemimpin kita dibukakan pintu hati untuk membawa kebenaran dan yang tidak abk dapat disingkirkan daripada menjadi punca dan asbab negara diturunkan bala...
Wal Iyazu Billah.
Itulah sahaja analisa ringkas saya. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekurangan dalam saya melaporkan berita.
Jutaan terima kasih daripada pihak saya atas kesudian anda membacanya. Mohon dikongsikan artikel ini sebanyak mungkin agar seluruh rakyat tahu apa yang sedang terjadi kepada negara ini sebenarnya.
:)
Follow my ig: @bradokapak
Follow me on facebok: Muhammad Mamzah
Follow me on fb fan page: Brado Kapak
Sekian.
Wassalam.
-bradokapak @ Muhammad Mamzah
5 Jun 2015.
Lagi gambar.....
---------------------
Kredit diberikan kepada:
1. Rakan yang memberi jemputan
2. Kelab Che Det (gambar pertama)
3. Rakan-rakan media
4-sumber