Seksi Lindsay Lohan Ketika Wish Birthday Sultanah Pahang

Kecoh sebentar ketika ini di laman sosial apabila selebriti Hollywood, Lindsay Lohanmenyampaikan ucapan selamat hari ulangtahun kelahiran buat Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom Abdullah, melalui akaun Instagramnya baru-baru ini.

“Happy Birthday to the beautiful #Queen Sultanah of Pahang. Terima Kasih banyak!”, tulisnya beserta dengan perkataan dalam bahasa Melayu di akaun Instagram sekaligus mencuri perhatian warga Malaysia yang meninggalkan pelbagai komen lucu di Instagram.

Status tersebut mendapat banyak respon positif dan pujian daripada pengikutnya serta sudah mendapat lebih 70,000 likes. Malah perkara itu juga menimbulkan tanggapan bahawa Lohan dan Sultanah Kalsom mempunyai hubungan yang baik.

Sebelum ini, Lindsay Lohan pernah menarik perhatian dunia hiburan antarabangsa apabila tampil berhijab, memuat naik status dalam bahasa Arab dan kemudian gambarnya memegang terjemahan Al-Quran.(rtky/s)

0 comment... add one now