Lelaki Gosok Wanita Dalam Surau

Dalam kejadian cabul jam 3.30 petang kelmarin, mangsa yang juga penyelia pusat beli belah berusia 24 tahun itu dikatakan tidur di dalam surau ketika waktu rehat.

Kajang - Seorang wanita yang sedang tidur di dalam surau di sebuah pusat beli-belah, di Kajang, terkejut apabila punggungnya digosok oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Kajang. ACP Willey Richard berkata, mangsa yang baru bertugas 15 hari di pusat beli-belah itu diraba salah seorang pekerja lelaki di bangunan sama.

Beliau berkata, polis yang menjalankan siasatan telah berjaya memberkas suspek yang berusia 20 tahun di rumahnya yang terletak di taman Wawasan, Hulu Langat.

Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 345 Kanun Keseksaan iaitu mencabul dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum 10 lahun atau sebatan atau ke dua-dua sekali.

Sumber: Harian Metro

0 comment... add one now