Menyanyi Dan Berjogging Selepas Rempuh Mati Pemandu Trailer Perodua

Johor Bahru: Seorang pemandu treler berusia 40 tahun yang mahu menurunkan beberapa kereta Perodua dari kenderaan berat maut apabila sebuah kenderaan yang dipandu pesakit mental terbabas ke atas treler berkenaan.

Kejadian berlaku pada jam 1.50 tengah hari semalam, di laluan hadapan bangunan Pusat Servis, Pameran dan Jualan Perodua di Jalan Tampoi berhampiran Bandar Baru Uda, di sini.

Ketika kejadian, Kamarudin Abu Bakar yang berasal dari Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di Rawang, Selangor mahu membuka ikatan tali pada kereta di atas treler terbabit untuk dialihkan ke bangunan berkenaan.

Secara tiba-tiba, sebuah kereta Perodua Alza terbabas dan merempuh Kamarudin menyebabkan mangsa yang bekerja dengan Syarikat Nexus Mega Carriers Sdn Bhd terseret beberapa meter di treler itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.


MANGSA maut di tempat kejadian akibat dilanggar.



Mangsa pada ketika itu sedang membuka tali nak mengeluarkan kereta Perodua Myvi dari treler yang dipandunya dirempuh dengan kuat oleh kereta Perodua Alza yang dipandu oleh seorang lelaki muda cina yang dipercayai memandu sambil bermain dengan telefon pintarnya.

Mangsa maut serta merta di tempat kejadian. Pemandu Perodua Alza didapati cuba melarikan diri setelah kejadian tersebut, namun gagal apabila tayar kereta yang dipandunya itu tersangkut pada besi bahagian belakang treler.

Setelah percubaan demi percubaan, pemandu kereta tersebut akhirnya berlari keluar dari keretanya dan lari ke Bank Islam berdekatan dan dikejar oleh orang awam.

Lelaki itu berjaya ditangkap tetapi dia mengaku tidak bersalah dengan alasan dia sedang berjoging dan dia tiada kena mengena dengan kejadian itu katanya.
Pemandu Kereta Perodua Alza berbaju ungu

Al-Fatihah...

0 comment... add one now