Punca Fara Fauzana Bersara Dari Dunia Radio

Ramai peminat radio ketika ini tengah kecewa kerana DJ terkenal dengan panggilan Fafau ini bukan sahaja berhenti dari DJ Hot FM malahan terus bersara dari dunia penyampaian radio.Punca keputusan nekad ini dibuat masih belum dapat disahkan,Namun ada yang mengatakan Fara yang masih bujang ini bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi dengan VVIP.
PENYAMPAI radio Hot Fm, Fara Fauzana atau lebih dikenali dengan panggilan Fafau pagi ini membuat kejutan mengumumkan berhenti dari dunia penyampaian radio.

Beliau dikatakan membuat pengumuman itu sebentar tadi di konti Hot Fm dan juga turut dimuatnaik satu status di laman Instagram miliknya.

Pengumuman mengejut yang dibuat itu turut disambut dengan rasa kecewa para peminatnya yang masih mahukan Fafau terus bergelar penyampai radio.

Sebelum ini difahamkan, Fafau telah membuat spekulasi akan mengumumkan suatu perkara besar pada hari Isnin, 15 Februari ini.

Tidak disangka pula pengumuman itu mengecewakan para peminatnya yang masih rindukan suaranya di corong radio

0 comment... add one now