KUALA LUMPUR 18 Mei - Pemuzik legenda kelahiran Surabaya, Indonesia, Deddy Dores meninggal dunia malam semalam akibat serangan jantung.
Deddy Dores
Deddy menghembuskan nafas terakhir ketika berada di Rumah Sakit Bintaro, Jakarta Selatan pada pukul 11.45 malam.
Deddy, 65, memulakan karier dengan menganggotai kumpulan Rhapsodia pada tahun 1971.
Terkenal dengan penulisan lagu slow rock dan namanya kian meniti di bibir peminat ketika mengeluarkan album berjudul Hilangnya Seorang Gadis pada tahun 1971.
Deddy juga antara komposer yang bertanggungjawab mempopularkan penyanyi muda berbakat sekitar tahun 1990 iaitu Nike Ardilla.
Ketika hayat Nike, Deddy yang popular dengan lagu duet Jangan Pisahkan bersama Mayang Sari itu pernah menerbitkan dua buah album berjudul Seberkas Sinar (1990) dan Bintang Kehidupan (1992). - UTUSAN ONLINE
Tag Berkaitan- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/pemuzik-dan-penyanyi-indonesia-deddy-dores-meninggal-dunia-1.331559#sthash.vLRXqDlc.dpuf