Lebih menyedihkan, dua daripada empat pelajar berkenaan tidak memakai seluar dalam, namun kerana patuh pada arahan, mereka membiarkan diri dimalukan tanpa rela bermula sekitar jam 10 pagi hingga 3.30 petang.
(gambar hiasan)
AMPANG – Enam pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Ampang berdepan kejadian memalukan apabila diarah membuka seluar dan dipaksa mengikuti sesi pembelajaran hampir lima jam dalam keadaan separa bogel oleh guru sekolah itu, Rabu lalu.
Sinar Harian dimaklumkan, kesemua pelajar tingkatan satu itu dikenakan tindakan itu kerana tidak memakai seluar sukan yang dijual sekolah pada hari kokurikulum itu.
Malah guru berkenaan didakwa mendesak seorang pelajar dalam kelas sama mengutip kesemua seluar pelajar itu dan diletakkan di pejabatnya di tingkat bawah bangunan sekolah.
Bagaimanapun, atas inisiatif rakan sekelas yang simpati, mereka mengumpul wang dan membelikan seluar sukan dari pihak sekolah untuk diberikan kepada rakan mereka yang didenda. Salah seorang bapa kepada pelajar berkenaan berkata, dia menyedari kejadian itu pada hari sama, selepas anaknya menghubunginya dan meminta membawa seluar untuk dipakai.
“Saya pelik dan terus bergegas ke sekolah sebanyak dua kali dan bertemu salah seorang guru yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada saya.
“Saya kesal dengan kejadian itu yang betul-betul mengaibkan anak saya dan lima pelajar lain.
“Tindakan yang dibuat guru itu bukan untuk mendidik, tetapi menjatuhkan maruah kesemua pelajar itu termasuk anak saya,” katanya.
Menurutnya, tidak ada dalam sistem pendidikan negara yang membenarkan golongan pendidik bertindak sedemikian ke atas pelajar.
“Kesalahan mereka kecil dan tidak setimpal dengan hukuman.
“Jika begini cara pendidik mengajar, saya yakin masa depan pendidikan negara hancur,” katanya.
Pihaknya berharap agar Kementerian Pelajaran mengambil tindakan tegas terhadap guru terbabit atas tindakan yang jelas melanggar etika kesusilaan sebagai seorang pendidik.
“Akibat kejadian itu, anak saya trauma dan takut ke sekolah.
“Dia beritahu malu dan segan untuk berdepan rakan sekelas.
Saya risau keadaan itu boleh mengganggu prestasi pembelajarananak saya pada masa depan,” katanya.
Beliau membuat laporan polis di Balai Jalan Tun Razak pada hari sama serta ke Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Jalan Duta untuk tindakan lanjut.
“Saya harap pelaku tak dilindungi dan dikena tindakan.
“Saya juga dimaklumkan, guru itu pernah membuat tindakan yang hampir sama ketika dia mengajar di sebuah sekolah menengah lain, tahun lalu.
“Kejadian mengaibkan itu bukan kali pertama dilakukannya.
Jadi kementerian harus pandang berat isu ini agar kejadian yang menimpa anak saya dan pelajar lain tidak berulang,” ujarnya.
Belia berkata pihaknya akan bawa kes itu ke kementerian dan berjumpa pengetua Isnin depan, yang mana ketika kejadian, beliau dilaporkan bercuti.
- Sinar Harian Online